Tuesday, April 1, 2014

SOLAT GUNA KERUSI

Apabila kita kurang sihat seperti lutut  sakit atau baharu lepas menjalani pembedahan perut dll, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk melakukan perbuatan sujud secara sempurna, tetapi kita masih mampu untuk berdiri.

Terlebih dahulu marilah kita bicara tentang hukumnya. Bagi mereka yang sihat dan tidak ada apa-apa kecacatan anggota atau tiada keuzuran di sebabkan sakit, adalah wajib bersolat berdiri bagi solat fardu. Jika yang sihat itu bersolat secara duduk menunaikan solat fardu maka solatnya terbatal dan tidak sah.

Dengan kegawatan sakit kaki atau lutut atau apa jua penyakit yang menyukarkan kita berdiri lama, maka kita dibolehkan bersolat menggunakan kerusi.

Panduan asas solat fardu bagi yang sakit tetapi tidak berapa teruk ialah mesti dilakukan secara berdiri kecuali di waktu sujud. Berpandukan kepada asas ini, marilah kita lihat cara solat menggunakan kerusi.

Waktu kita takbir dan membaca Fatiha, kita mestilah berdiri. Lepas itu kita kena rukuk, hendaklah di buat secara berdiri sambil rukuk membongkok.

Sekiranya berdiri lama mendatangkan kemudartan atau kesukaran, maka semasa rukuk boleh dibuat secara duduk. Namun melaksanakan rukuk secara berdiri sangat-sangat di galakan.

Kalau kita malas hendak berdiri semasa rukuk, tetapi kita berdaya berdiri, dikhutahri kemungkinan akan membatalkan solat kita itu. Sebab kita masih mampu berdiri biarpun tidak lama.

Pada perbuatan sujud dan duduk di antara dua sujud, maka masa ini sahajalah kita duduk di kerusi. Tiba waktu sujud, kita membongkok kehadapan sedikit.

Lepas itu, kita hendaklah berdiri semula dalam rakaat kedua. Baca surah al-Fatiha dan seterusnya.

Pada sujud tahiyat akhir, ada pesakit kaki akan duduk di lantai (bukan di kerusi). Kes sebegini biasanya bagi mereka yang apabila duduk di lantai sukar untuk bangkit semula berdiri.

Bagi mereka yang boleh duduk di lantai semasa tahiyat akhir memang digalakkan.

Tetapi bagi mereka yang mememang sukar duduk di lantai, maka di bolehkan duduk di kerusi sahaja pada tahiyat akhir ini.

Buatlah apa yang terdaya, Allah Maha Mengetahui.





No comments:

Post a Comment