Mazhab Syafi'i bahagikan waktu makruh solat kepada dua jenis:-
1. MAKRUH TAHRIM
- Selepas solat Subuh:
- Masanya dari kita bersolat Subuh hingga matahari naik.
- Ini bermaksud selepas sahaja kita menunaikan solat Subuh, adalah makruh kita bersolat sunat..... sehingga tamatnya waktu Subuh.
- Jangkamasa waktu Subuh adalah lebih kurang satu jam, maka kemakruhan ini berkuatkuasa selepas sahaja solat Subuh yang kita tunaikan itu.
- Sewaktu Matahari Terbit :
- Masanya dari matahari naik hingga kelihatan "setinggi sebatang tombak".
- Bila matahari naik maka tamatlah waktu Subuh. Waktu makruh ini bermula dari tamat waktu Subuh hingga lebih kurang 28 minit (ikut perkiraan Radio IKIM) berikutnya.
- Biasanya jika waktu solat Subuh masuk pukul 6 pagi maka "kelihatan setinggi sebatang tombak" berlaku antara jam 7.30am hingga 7.45am.
- Selepas waktu ini kita di galakkan bersolat Duha.
- Sewaktu Istiwa:
- Masanya dari matahari betul-betul di tengah langit hingga gelincir ke barat.
- Kebiasaan di Malaysia matahari berada di tengah-tengah atas kepala kita pada jam 12 tengahari dan waktu Istiwa ini akan berakhir masuknya waktu solat Zohor.
- Kemakruhan waktu Istiwa tidak terpakai pada hari Jumaat.
2. MAKRUH TANZIH
- Selepas Solat Asar:
- Masanya selepas kita bersolat Asar hingga matahari terbenam i.e. masuknya waktu Magrib.
- Waktu Senja:
- Masanya waktu matahari berwarna kekuningan hampir tenggelam.
Di antara solat yang makruh di lakukan pada waktu-waktu tersebut di atas ialah solat Tasbih, solat Ihram, solat Istikharah dan solat Dhua. Namun solat seperti solat Tahiyatul Masjid di bolehkan pada waktu makruh ini.
Semasa di Makkah, waktu makruh ini tidak terpakai. Kita boleh solat 24 jam semasa berada di Makkah.
No comments:
Post a Comment