Ada 4 keutamaan untuk kita menentukan siapakah yang layak untuk menjadi imam.
1. Lebih Baik Bacaan al-Quran
Mereka yang betul dalam bacaan ayat-ayat al-Quran adalah paling layak menjadi imam. Keutamaan di beri kepada mereka yang hafis dan mendalami ilmu yang tersurat dan tersirat dalam al-Quran.
2. Lebih Mendalami Ilmu Hadis
Ilmu Hadis banyak memberi pencerahan kepada maksud surah dan ayat-ayat dalam al-Quran. Mereka yang ada ilmu Hadis ini diberi keutaman selepas kepada mereka yang baik bacaan al-Quran.
3. Mempunyai Cara Hidup Mengikuti Sunnah
Keutamaan ketiga ialah mereka yang mengerti dan melaksanakan segala perbuatan sunnah. Ianya daripada segi pekerti diri, wajah dan pakaian serta cara hidup harian.
4. Umur Yang Lebih Tua
Jika ada dua orang yang sama mempunyai ketiga-tiga kategori di atas, maka umur menjadi kayu pengukur untuk pemilihan imam.
No comments:
Post a Comment