Saturday, August 23, 2014

ULUM AL-HADITH


Maklumat berikut adalah bersumber dari manual Open University Malaysia (OUM).

Maksud Hadith adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat fizikal atau sifat akhlak baginda.

Al-Quran adalah sumber tertinggi dalam syariat Islam. Rasulullah s.a.w. dipertanggungawabkan oleh Allah sebagai penjelas atau pentafsir kepada al-Quran.

Surah al-Nahl ayat 44, Allah berfirman yang bermaksud "Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran supaya kamu menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka".

Dan surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat".

Serta surah Ali-Imran ayat 32 yang bermaksud " Katakanlah: Taati Allah dan Rasul, jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menyuruh kita mentaati Rasulullah s.a.w. Untuk mentaati Rasulullah s.a.w. kita perlu patuh kepada sunnah dan hadith. 

No comments:

Post a Comment