Umat Islam sangat istimewa kerana tempat solat boleh di buat di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini asalkan tiada najis di tempat berkenaan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan menyatakan tempat-tempat seperti tandas, rumah sembelihan, kubur, bilik air dan kandang pemeliharaan ternakan tidak digalakkan di jadikan tempat solat.
Tetapi jika tempat berkenaan suci daripada apa-apa jua najis, maka tempat itu di bolehkan di jadikan tempat solat. Namun jika boleh elakkan tempat-tempat sebegini.

Kesemua empat mazhab bersepakat bersetuju rukun solat sekurang-kurangnya ada enam, iaitu:-
(1) takbiratulihram;
(2) berdiri bagi yang mampu;
(3) membaca ayat al-Quran;
(4) rukuk;
(5) bangkit daripada rukuk dan iktidal; dan
(6) sujud.
Bagi mazhab Shafi’i ada tiga belas rukun solat, iaitu :-
(1) niat;
(2) takbiratulihram;
(3) berdiri bagi mereka yang berkuasa;
(4) membaca al-Fatiha;
(5) rukuk dengan tamakninah;
(6) iktidal dengan tamakninah;
(7) dua kali sujud dengan tamakninah;
(8) duduk antara dua sujud dengan tamakninah;
(9) duduk tasyahud akhir dengan tamakninah;
(10) membaca tasyahud akhir;
(11) membaca selawat atas Rasulullah pada tasyahud akhir;
(12) membaca salam pertama; dan
(13) mengikut urutan/ berturut-turut.
Ada banyak perkara yang membatalkan solat seperti :- (1)rukun solat sengaja ditambah atau ditinggalkan;
Ada banyak perkara yang membatalkan solat seperti :- (1)rukun solat sengaja ditambah atau ditinggalkan;
(2) berlaku keluar sesuatu daripada mana-mana kemaluannya termasuk kentut;
(3) terkena najis yang diketahuinya pada badan, pakaian atau tempat sembahyang;
(4) berkata-kata;
(5) terbuka aurat dengan sengaja;
(6) makan dan minum;
(7) berniat memutuskan solat;
(8) bergerak tiga kali berturut-turut;
(9) tidak mengadap kiblat iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah pada permulaan solat;
(10) solat bukan dalam waktunya kecuali sembahyang jamak atau kadak;
(11) terbatal wuduk;
(12) murtad;
(13) mendahului imam.
Walau bagaimanapun, kita kerap menghadapi keraguan bagi penentuan kiblat ketika kita musafir.
Walau bagaimanapun, kita kerap menghadapi keraguan bagi penentuan kiblat ketika kita musafir.
Kita wajib berusaha mencari arah kiblat terlebih dahulu, seperti bertanya dengan orang Islam tempatan, dan menggunakan peralatan seperti kompas.
Setelah yakin (biarpun tidak tepat) akan arah kiblat tersebut, segeralah bersolat.
Setelah selesai solat, di dapati penentuan kiblat tersebut silap. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali solat tersebut tidak perlu diulangi. Mazhab Shafi’i dan Maliki pula wajib diulangi semula.
Begitu juga jika kita hendak bersolat dalam kapalterbang. Permulaan solat itu hendaklah mengadap kearah kiblat, dan selepas itu arahnya tidak penting lagi.

Yang pasti kita tidak meninggalkan solat dalam perjalanan jauh melebihi 8 jam keatas terutama solat subuh yang pendek waktunya.
Fasal tu jika kita hendak terbang jauh, elok kita naikki penerbangan Malaysia Airline System (MAS) atau mana-mana penerbangan negara Timur Tengah. Mereka boleh membantu kita bagi penentuan waktu solat dan arah kiblat.
Kadangkala semasa kita berada di tempat persinggahan terutama di negara bukan Islam, ada berbagai kumpulan yang ingin bersolat.
Kadangkala semasa kita berada di tempat persinggahan terutama di negara bukan Islam, ada berbagai kumpulan yang ingin bersolat.
Kita pula tidak yakin dengan arah kiblat mereka, dan lebih yakin pada arah kiblat kita sendiri. Maka kita tidak boleh berimamkan kumpulan tesebut kerana antara syarat sah solat ialah yakin akan arah kiblat yang sedang kita hadapi.
No comments:
Post a Comment