Thursday, January 1, 2015

SOLAT : BERDIRI &  NIAT 


Solat fardu lima waktu adalah wajib bagi kita mendirikannya. 

Ia perlu di sempurnakan secara berdiri bagi kita yang berkemampuan. Jika tidak mampu berdiri, bolehlah bersembahyang secara duduk. Jika masih tidak mampu duduk, bolehlah melakukannya dalam keadaan mengiring di atas rusukmu.


Ayat di atas tidak menyatakan “dalam keadaan baring terlentang” tetapi “dalam keadaan mengiring di atas rusukmu”. 

Solat sunnat dibolehkan solat secara duduk biarpun berkemampuan. Walau bagaimanapun pahalanya separuh sahaja daripada jika kita bersolat berdiri.

Kita seberapa boleh hendaklah melarang sesiapa sahaja melintasi di hadapan kita sewaktu kita sedang bersolat. 

Larangan ini di buat dengan mengangkat tangan kita ke hadapan tanda “no entry”. Adalah berdosa bagi mereka yang lalu di hadapan orang yang sedang khusyuk bersolat.

Kita kerap melihat seseorang yang ada anak atau cucu berumur sekitaran tiga empat tahun menutup pintu apabila hendak bersolat kerana di bimbangan akan di ganggu oleh cucu-cucu itu. 

Sebenarnya biarlah pintu itu di buka agar cucu-cucu boleh melihat bagaimana kita bersolat. Ada riwayat menceritakan Nabi Muhammad saw sendiri “diganggu” oleh cucu Baginda.

Segala perbuatan dalam solat sebenarnya adalah juga terapi badan iaitu semasa berdiri tegak, tunduk rukuk dan sujud merendahkan kepala hingga ke tanah. 

Apabila berdiri kedua kaki hendaklah direnggankan mengikut keselesaan masing-masing. Menjarakkannya adalah sunat sahaja.

Semasa berdiri dalam solat, jarak di antara dua kaki ialah kadar sejengkal (lebihkurang 15 cm) bagi mazhab Syafi’i. 

Manakala mazhab Hanafi renggangnya kadar empat jari tangan (lebihkurang 8 cm) sahaja. Mazhab Maliki dan Hanbali pula disyorkan jarak kaki mengikut keselesaan badan.

Kedua-dua mata kaki hendaklah diarah lurus tegak mengadap ke hadapan, bukan di serongkan tapak kaki berkenaan. Hujung jari kaki kita hendaklah menyentuh jari kaki jemaah lain di sebelah kita.

Niat untuk menunaikan solat adalah salah satu rukun solat. Mazhab Syafi’i dan Maliki mewajibkan niat serentak dengan takbiratulihram. 

Manakala mazhab Hanbali dan Hanafi berpendapat harus niat terdahulu sedikit daripada takbiratulihram.

Niat solat adalah amalan dalam hati. Ada juga diantara kita yang berbuat kedua-dua serentak iaitu niat dalam hati dan lafaz bersekali. 

Jika di hati betul, tetapi yang dilafaz tersilap, ia tidak memudaratkan niat berkenaan. Yang di kira sah ialah niat di dalam hati.



Dalam niat solat hanya perlu ada “jenis solat” (fardu / sunat / qada) dan “nama solat” (Subuh / Magrib dll). 

Bagaimanapun perkataan “makmum”, “qasar” dan “jamak” jika di perlukan hendaklah diniatkan bersekali. 

Walau bagaimanpun perkataan “bilangan rakaat”, “tunai”, dan “kerana Allah” bukan merupakan asas utama di dalam kandungan niat. Jika tertinggal atau ditinggalkan tidak mencacatkan kepada niat itu. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment