Thursday, January 1, 2015

SOLAT :TAHIYAT AKHIR & SALAM

Cara duduk semasa tahiyat akhir adalah dengan punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan kebelakang. Ini biasa kelihatan diamalkan di Malaysia.

Dalam bacaan tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi Muhammad saw adalah wajib, dan manakala selawat Ibrahimiyah adalah sunat jua bagi yang berpegang mazhab Syafi’i. Kita boleh membaca doa tambahan tetapi mesti dalam bahasa Arab selepas membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.

Selepas tahiyat akhir kita memberi salam. Salam yang pertama adalah wajib dan yang kedua adalah sunat. Kita memulakan salam seperti berikut: (1) baca “assalamualaikum” dengan kepala masih mengadap kearah kiblat; (2) sambil membaca “wa rahmatullahi” menoleh ke kanan; dan (3) sambil terus menoleh ke kira dengan membaca “assalamu’alaikum wa rahmatullahi”.

Perbuatan berhenti sebentar dipertengahan salam (salam ke kanan * tunduk sebentar kedepan * salam ke kiri) adalah kurang tepat dalam perbuatan solat mengikut setengah ulama. Ini juga termasuk menyapu dahi selepas memberi salam tidak digalakkan. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment