Thursday, January 1, 2015


SOLAT: SUJUD & TAHIYAT AWAL

Nabi Muhammad saw semasa sujud difahamkan merenggangkan kedua-dua belah tangannya daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda saw, serta mengangkat siku, merapatkan jari-jari semasa sujud, dan meletakkan kepala antara kedua-dua tangan. 

Walau bagaimanpun mengikut mazhab Syafi’i bagi perempuan tidak perlu merenggangkan tangan mereka ketika rukuk dan sujud.


Bacaan dalam solat boleh di buat dengan ayat-ayat suci al-Quran, zikir, tasbih serta doa dalam bahasa Arab. Banyak nas yang menyatakan akan kelebihan dan fadilat memperbanyakkan doa semasa sujud.


Ada tiga cara yang biasa kita lihat perilaku semasa duduk antara dua sujud ini iaitu:- 

(1) meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri, dan kaki kanan ditegakkan ke belakang sambil jari-jari kaki kanan itu dilipatkan; 

(2) meletakkan punggung di atas kedua-dua kaki kiri dan kanan yang ditegakkan ke belakang sambil jari-jari kaki kanan itu dilipatkan; dan 

(3) meletakkan punggung di atas lantai diantara kedua-dua kaki ditegakkan ke belakang. 

Mazhab Syafi’i lebih gemar kepada posisi numbor (1) di atas dan tidak suka kepada posisi numbor (3). Posisi numbor (2) di haruskan. Wallahu a’lam.

Mazhab Syafi’i berpendapat adalah sunat untuk duduk sebentar selepas sujud yang kedua, tidak terus bangkit berdiri.

Duduk tahiyat awal dan membaca bacaannya adalah sunat sahaja. Kita juga disunatkan duduk di atas kaki kiri, sedangkan kaki kanan ditegakkan ke belakang. Kedua-dua tangan di atas lutut masing-masing. Dan apabila tiba pada ayat “ill LAllah” dalam bacaan tahiyat, disunat menaikkan jari telunjuk tanpa menggerakkannya sepertimana di saran oleh mazhab Syafi’i.

Ada juga ulama mazhab Syafi’i berpebdapat adalah sunat melihat jari semasa menaikkan jari ketika tahiyat. Wallahu’alam. 

No comments:

Post a Comment