Wednesday, January 19, 2011

SOLAT 1/8:
MAZHAB DAN WUDUK


MULIA: Kami mohon keampunan daripada Allah kerana kebanyakkan ilmu yang di bicarakan dalam siri ini (InsyAllah ada 10 siri) adalah rujukan daripada beberapa buah buku. Pengarang-pengarag berkenaan telah memberi syarat “tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan” daripada buku-buku terbitan mereka.

FAEZ: Tetapi ilmu yang terkandung didalamnya adalah ilmu Allah, dan sangat berguna jika di sebarkan kepada seberapa ramai orang. Dengan ini kami memohon keampunan daripada Allah swt, dan kemaafan kepada Nabi Muhammad saw dan pengarang-pengarang berkenaan.

TEGUH: Ya Allah! Sekiranya usaha kami ini mendapat perkenaan Mu dan ada ganjaran pahala diberikan, maka kami memohon berkongsi pahala berkenaan dengan pengarang-pengarang buku-buku ini serta pembaca-pembaca blog ini.

AKHTAR: Dalam kebanyakkan penentuan hukum-hukum solat, nampak seakan-akan ada pertentangan di antara mazhab-mazhab ini. Empat mazhab utama dalam sunnah wal jamaah ialah Syafi’i, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Kebanyakan perbezaan ini tidak melibatkan perkara pokok dalam solat, ianya banyak perselisihan furuk (ranting) sahaja. Yang penting, segala hukum ini mesti berpunca daripada al-Quran dan Hadis. Wallahu'a'lambissawwab.

MULIA: Kita yang bermazhab Syafi’i diharuskan mengikuti amalan mazhab lain (sebenarnya bertaklid) dan begitulah sebaliknya, dalam sesetengah masalah jika benar-benar terdesak. Walau bagaimanapun peralehan ikutan ke mazhab lain hendaklah berasaskan kepada dalil-dalil yang kukuh. Ianya bukan bertujuan sengaja mencari amalan yang ringan lagi senang. Perkara ini banyak kita lalui semasa menunaikan fardu haji dan mengerjakan umrah. Pokoknya, ia tiada larangan hingga haram dalam mengerjakan solat untuk kita mengikuti mazhab lain jika benar-benar diperlukan.

FAEZ: Seperti contoh semasa kita mengerjakan fardu haji, untuk menghindarkan terbatalnya wuduk kerana tersentuh kulit perempuan yang bukan muhrim semasa membuat tawaf, kita dibolehkan berpegang kepada mazhab Hanafi. Dalam tawaf berkenaan, kita perlu mengambil wuduk secara mazhab Hanafi seperti wajib membasuh satu perempat daripada kepala dan bukan hanya membasahkan pangkal kepala seperti dalam mazhan Syafi’i. Dan perlu tahu perkara-perkara yang membatalkan wuduk dalam mazhab Hanafi. Ianya ada sedikit perbezaan dengan mazhab Syafi'i.

AKHTAR: Untuk maklumat lanjut pembaca bolehlah merujuk kepada atikel-atikel terdahulu mengenai wuduk. Di antaranya ialah (1) April 2010 : Wuduk; (2) Jun 2010 : Tidur Membatalkan Wuduk; (3) November 2010: Purification, Ghusal dan Wuduk; dan (4) Disember 2010 : Uncontrol Urine Flow During Wuduk.

MULIA: InsyAllah kita akan sambung lagi jika di izinkan Allah.

No comments:

Post a Comment