Tuesday, March 15, 2011

MASALAHAN DALAM SOLAT


FAEZ: Kadang kala kita terpaksa bersolat di atas simen basah di sebabkan baharu lepas hujan atau baharu di basuhi. Semasa kita hendak rukuk atau sujud, kita dengan tidak sengaja jatuh tergelincir tertiarap menyebabkan dada kita berpaling dari arah kiblat. Kita segera bangun mengadap kiblat dan menyambung perbuatan solat tadi. Adakah solat kita batal?

TEGUH: Solat itu tidak batal. Hal ini samalah seperti orang yang bersolat di atas tunggangan atau kenderaan yang sedang bergerak yang berpaling dari arah kiblat, juga tidak membatalkan solat berkenaan.

AKHTAR: Ada masanya kita yang sedang bersolat merasakan ada makanan melekat di celah-celah gigi kita. Kita cuba mengeluarkannya dengan mengerakkan lidah ke celah-celah gigi lebih daripada tiga kali. Hukumnya tidak batal. Walau bagaimanapun ada ulama berpendapat jika bertujuan untuk bermain-main dengan lidah kita (sambil membuka mulut besar-besaran) lebih daripada tiga kali boleh membatalkan solat. Wallahua’lam.

MULIA: Berkata-kata di dalam solat boleh membatalkan solat jua. Perkataan tersebut adalah yang keluar daripada mulut bukan daripada anggota yang lain. Dengan mengeluarkan satu huruf (bahasa selain daripada bahasa al-Quran atau tasbih) yang di fahami maknanya oleh orang yang sedang bersolat itu sahaja maka batallah solatnya. Sebaliknya jika huruf yang terkeluar dari mulutnya dan dia sendiri tidak faham maknanya, tetapi di fahami oleh orang lain yang mendengarnya....solat berkenaan tidak batal.

FAEZ: Kita perlu berhati-hati semasa sujud. Sebab jika kita telah sujud dan mendapati dahi kita tidak begitu selesa oleh kerana ada benda tajam dll. Kita angkat dahi kita dan sujud semula ketempat lain, maka solat kita boleh terbatal. Ia terbatal oleh sebab kta telah menambah perbuatan sujud menjadi lebih daripada dua kali.
AKHTAR: Ada ulama berbicara panjang lebar fasal perkara mengalih dahi sujud ini. Mereka ada menyebut hanya terbatal jika wujud beberapa teknikal perlu wujud seperti (1) dahi telah mencecah lantai/karpet (2) menekan dahi ke tempat sujud, dan (3) ada tamakninah. Walau apapun kita perlu berwaspada.

TEGUH: Adalah haram jika kita lalu dengan sengaja di hadapan orang yang sedang bersolat. Space zon larangan ini adalah sepanjang kira-kira satu sejadah biasa. Orang yang sedang bersolat di haruskan menahan dengan menegakkan salah satu tangannya ke hadapan jika ada orang cuba melintas.

AKHTAR: Solat di dalam bilik mandi adalah sah jika segala rukun di patuhi. Sekarang ini banyak bilik mandi yang canggih dan bersih. Ada juga di antara kita membina bilik solat di rumah bersekali dengan bilik mandi (attached bathroom). Walau bagaimanapun tempatnya (iaitu bilik mandi) hukumnya makruh. Tetapi sekiranya bilik mandi (tanpa tandas) baharu di buat dan belum di gunakan lagi, maka tidak di hukum makruh. Harus agaknya!

MULIA: Bilik mandi yang ada tandas (biarpun belum di gunakan lagi) dan bilik mandi yang ada orang mandi bertelanjang di dalamnya akan menjadi tempat tinggal syaitan. Bersolat di dalamnya adalah makruh.

No comments:

Post a Comment