NAJIS
AKHTAR: Najis terbahagi kepada empat jenis (1) najis berat atau najis mughallazah seperti anjing dan babi, (2) najis pertengahan atau najis mutawassitah seperti darah dan tahi, (3) najis ringan seperti kecing kanak-kanak lelaki berumur kurang dua tahaun dan hanya meminum susu ibunya sahaja, dan (4) najis yang dimaafkan seperti tahi lalat atau tahi tikus yang sedikit.
MULIA: Cara pembersihannya dalah seperti berikut : (1) najis berat hendaklah di basuh dengan air sebanyak tujuh kali termasuk satu kali menggunakan tanah, (2) najis pertengahan perlu di cuci dengan air sehingga hilang warnanya atau baunya atau rasanya, (3) najis ringan biasanya percikkan air ke atasnya sudah memadai, tidak perlu air yang banyak, dan (4) najis yang dimaafkan hanya perlu di alih najis atau kekotoran berkenaan dan biasanya tiada apa-apa tindakan lanjutan di perlukan lagi.
TEGUH: Darah yang keluar mengalir adalah najis, tetapi sekiranya ia terlalu sedikit maka ia dimaafkan. Begitu juga kahak (biasanya keluar daripada mulut) atau pun hingus (biasanya keluar daripada hidung) tidak di hukum sebagai najis. Kahak dan hingus keluar daripada bahagian kerongkong atau dadanya dan bukan daripada uncang perut.
FAEZ: Dalam pengembaraan kita keluar negara, ada kemungkinan kita termakan makanan campuran haram seperti daging babi. Biasanya babi di anggap sebagai najis berat dan perlu di cuci sebanyak tujuh kali bercampur sekali air tanah. Walau bagaimanpun dalam kes makan ini, memadai hanya membasuh mulut sahaja seperti mana biasa kita lakukan selepas makan harian.
MULIA: Semua jenis makanan yang masuk ke dalam rongga perut termasuk daging babi kemudian keluar semula melalui dubur (buang air besar) dianggap sebagai najis pertengahan, memadai di basuh denga air sahaja.

No comments:
Post a Comment