HENDAK MENJADI MUSLIM?
FAEZ: Di antara perkara yang kerap di syaratkan kepada mereka yang hendak menganut Islam ialah mereka mestilah berkhatan. Amalan berkhatan ini di mulakan oleh Nabi Ibrahim, semasa itu baginda berumur lapan puluh tahun. Amalan ini berterusan hinggalah ke Nabi Yaakub (kaum Yahudi), Nabi Isa (penganut Nasrani) dan Nabi Muhammad saw (agama Islam). Walau bagaimanapun hanya penganut Yahudi dan Islam sahaja meneruskan amalan berkhatan. Orang Kristian (bukan lagi Nasrani asal) telah tidak lagi mengamalkannya.
TEGUH: Mengikut mazhab Syafi’i berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan wanita. Bagi mazhab Hanafi dan Maliki pula adalah sunat bagi kedua-dua jentina ini.
MULIA: Satu lagi perkara ialah mengenai nama. Sebenarnya apa jua nama seseorang yang belum menganut Islam masih boleh terus di gunapakai biarpun setelah menjadi insan Islam. Kecuali jika namanya mempunyai makna yang tidak elok dengan Islam, maka ianya perlu diubah.
AKHTAR: Katakan nama saudara kita ini ialah Wong Ah Kaw. Mungkin kita boleh ubah namanya kepada Ahmad @ Wong Ah Kaw. Kebanyakan orang Cina sangat sayang kepada nama keturunan keluarga mereka e.g. “Wong”.
FAEZ: Surah al-Ahzab ayat 5 bermaksud “Panggillah mereka bagi nama bapa-bapa mereka. Ia adalah lebih adil di sisi Allah”. Ini satu bukti bahawa Islam sendiri membenarkan kita menjaga nasab keturunan.
TEGUH: Janganlah kita pula menjadi penghalang kepada non-Muslim untuk menganut Islam.
No comments:
Post a Comment