Friday, March 11, 2011

SOLAT MUSLIM BARU

MULIA: Kita kadang kala terlalu demanding dan kerap menakutkan bakal Muslim baru. Kata-kata seperti “Awak perlu potong sedikit daging (berkhatan) .....awak tu” atau “Mesti sembahyang lima kali sehari” atau “Tidak boleh makan pada siang hari (berpuasa) selama satu bulan”..........



TEGUH: Aduh!!....tentu sakit bila di potong..........macam mana nak sembahyang jika tak pandai baca al-Quran.........separuh hari tak makan pun dah nak separuh mati, mana tahan sebulan?.........Susahnya nak menjadi orang Islam. Inilah kelohan yang biasa kita dengar.


FAEZ: Untuk saudara Muslim baru, yang paling utama ialah keimanannya kepada Allah. Dia hendaklah menjauhkan dirinya daripada apa jua patung penyembahan. Dia percaya kepada Allah dan rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.


AKHTAR: Setiap Muslim tidak boleh reda dan rela kepada agama lain. Memang betul bahawa semua agama menyuruh kepada kebaikan tetapi Islam berpaksikan akidah tauhid kepada Allah. Keimanan ini perlu di perbetulkan terlebih dahulu, baharulah kita boleh mempelajari dan melaksanakan solat.



MULIA: Nabi saw pernah berkata “........serulah mereka kepada mentauhidkan Allah dan aku (Nabi Muhammad saw) sebagai utusan Allah. Jika mereka taat, maka beritahulah mereka bahawa Allah memfardukan ke atas mereka solat setiap hari................”.


MOHD: Sebelum itu ianya perlu mengucap dua kalimah shahadah di dalam proses pengislaman ini terlebih dahulu. Mengucap perlu dalam bahasa Arab "ASYHADU  AN LAILAHA ILLALLAH, WA ASYHA DU ANNA MUHAMMADAR  RASULULLAH" yang bermaksud "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad utusan Allah".



TEGUH: Proses pembelajaran solat adalah seumur hidup dan wajib kita mempelajarinya. Kita boleh mulakan seperti berikut: (1) belajar perbuatan gerak geri solat seperti berdiri betul, rukuk, iktidal, sujud dan salam, (2) mungkin pada peringkat ini belum padai membaca surah al-Fatihah, maka ada ulama berpendapat kita baca zikir “subhanallah” sebanyak tujuh kali atau beberapa kali (3) kita teruskan segala perbuatan yang perlu dalam solat sehingga cukup bilangan rakaatnya.


FAEZ: Surah al-Fatihah pun jika sukar mengingati kesemua tujuh ayat itu serentak, bolehkan di bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama bermula daripada “Bismillah” hingga ayat ke empat “Maliik...........din”. Setelah ini ok teruskan hafalan ayat ke lima hingga akhir.



MOHD: Perlu diingatkan bahawa sebelum memulakan solat, hendaklah mandi hadas besar terlebih dahulu... ini bagi mereka yang buat pertama kali hendak bersolat dan baharu menganut Islam.



AKHTAR: InsyAllah, approach ini mungkin boleh di terima pakai oleh saudara baru Muslim kita. Amin!

No comments:

Post a Comment