Saturday, March 12, 2011

RIBA 2/2:
KES-KES RIBA


TEGUH: Rasanya ramai sudah mengetahui produk-produk berunsur riba yang disediakan oleh bank-bank dan sebagainya. Di sini kami ingin perturunkan beberapa contoh kes yang kita kerap terlepas pandang.


MULIA: A memberi pinjaman kepada B sebanyak RM5000. Dan B membayar balik RM5000 (tiada tambahan) tetapi B kena rapair motor A yang rosak. Repair motor itu di buat sendiri oleh B atau pun di hantar ke kedai, transaksi ini tetap di anggap mempunyai unsur riba. Kerja repair motor itu di anggap mempunyai manfaat yang lebih yang diraih daripada hasil pemberian pinjaman itu.

AKHTAR: Apa jua manfaat yang lebih kepada pemberi pinjaman di anggap sebagai tambahan ke atas hutang. Manfaat ini boleh berupa wang ringgit atau pun barang atau pun perkhidmatan. Sama juga semasa belajar dulu, kita memberi pinjaman kepada rakan dengan syarat tambahan dia menyiapkan assignment kita. Ini juga haram.


FAEZ: Semasa menuntut dahulu, kita biasa memberi pinjam memakai motor kepada rakan dengan syarat selepas menggunakannya hendaklah mengisi minyaknya penuh (semasa di beri minyak motor tidak penuh). Perbuatan ini di anggap riba jua, kecuali rakan kita itu mengisi minyak mengikut paras yang sama pada awal pinjaman itu. Mithalnya pada awal pinjaman paras minyak motor suku tank, maka pada masa pulang juga kuantitinya di isi sehingga suku tank jua. Sebenarnya paras minyak motor ini sukar di sukat oleh sebab tiada bacaan meter seperti kereta.


TEGUH: Bagi menangani masalah pinjam motor/kereta yang ada unsur riba ini, maka akad “pinjam” ini di tukar kepada “di beri sewa”. Maka akad kita itu di tukar kepada "Kalau hendak sewa boleh, dan bayarannya ialah minyak perlu diisi penuh semasa motor ini di pulangkan". InsyAllah ia tiada elemen riba.

AKHTAR: Satu lagi perbuatan riba ialah denda kerana lambat memulangkan buku library. Ianya sama juga dengan denda yang dikenakan oleh Majlis Bandaran kerana lambat membayar cukai pintu.

MULIA: Begitu juga saman trafik polis. Jika bayar dalam masa sebulan ada dikaun 50% sebagai contoh. Selepas itu tiada diskaun. Ini di tafsirkan sebagai Riba al-Jahiliah.


FAEZ: Sebarang pinjaman yang mengsyaratkan ada penambahan nilai (dalam bentuk wang ringgit, barangan, perkhidmatan dll) semasa pemulangannya dalam jangka masa pinjaman, di sifatkan ada unsur riba dan kekal haram hukumnya.

TEGUH: Yang lebih ketara ialah simpanan atau pelaburan atau “perniagaan” yang memberi satu perjanjian jaminan modal tidak hilang dan di tambah syarat lagi dengan janji jaminan keuntungan. Dengan adanya salah satu syarat ini ianya sah ada riba, apatah lagi dengan kehadiran dua syarat ini semakin teruk ribanya.


FAEZ: Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud “ Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa riba digandakan sebanyak lapan belas kali”.

No comments:

Post a Comment