Friday, March 11, 2011

RIBA 1/2:
RIBA DOSA BESAR


MULIA: Riba secara ringkasnya bermaksud sebarang tambahan ke atas hutang akibat tempoh. Beberapa contoh perbuatan yang menglibatkan riba akan di jelaskan dalam bab berikutnya.



TEGUH: Pemberi dan penerima riba adalah berdosa besar. Kita sendiri sedar bahawa hukum berzina amat berat iaitu bagi mereka yang pernah bernikah di rejam sehingga mati. Tetapi hukum mereka yang terlibat dalam riba (termasuk pembuat dasar, pelaksana, penulis dokumen dll) adalah lebih berat.

AKHTAR: Nabi Muhammad saw pernah bersabda maksudnya “ Satu dirham riba yang dimakan oleh seseorang.....lebih buruk daripada berzina sebanyak tiga puluh enam kali”. Kalau hendak digunakan hukum rejam, maknanya 36 kali mati kerananya.


MULIA: Satu lagi hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Riba mempunyai tujuh puluh tiga pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya”.


FAEZ: Kita sebagai hamba sudah tentu sangat gerun kepada Allah. Cuba kita rujuk kepada surah al-Baqarah ayat 278-279 yang bermaksud “ ........tinggalkanlah saki-baki riba ........sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya”.

TEGUH: Ini adalah amaran keras Allah. Ada ulama menyatakan bahawa ayat di atas adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan. Apa gunanya kita jika hendak berperang dengan Allah?


FAEZ: Ada pendapat conventional yang mengatakan bahawa adalah di bolehkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju. Seperti contoh pinjaman RM100 dan di bayar kembali RM110 dengan persetujuan sukarela kesemua pihak. Sebenarnya pihak ini tidak memahami hukum Allah. Pinjaman sebegini tetap haram.


AKHTAR: Islam tidak menerima campur tangan reda manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah swt. Seperti contoh perbuatan zina tetap haram biarpun lelaki dan pelacur tersebut suka sama suka. Begitu juga riba.



AKHTAR: Agama Islam sangat tegas dalam amalan riba ini.


No comments:

Post a Comment