AKHTAR: Tidak semestinya seseorang itu berkekalan di atas satu mazhab sahaja sepanjang hayatnya. Dia boleh berpindah kepada mana-mana mazhab yang difikirkan sesuai dalam melaksanakan sesuatu ibadat. Selepas ibadat itu selesai, maka dia hendak kembali balik kepada mazhab asalnya.
TEGUH: Seperti semasa bertawaf mengilingi Kaabah. Kita yang mengamalkan mazhab Syafi’i di haruskan mengguna pakai cara wuduk Maliki supaya wuduk kita tidak terbatal bila bersentuhan dengan perempuan/lelaki. Selepas tawaf berkenaan selesai kita kembali kepada mazhab Syafi’i semula. Maka sentuhan opposite gender akan membatalkan wuduk.
MULIA: Dalam solat, kita yang mengamalkan mazhab Syafi’i hendak menambah rakaat solat kita jika merasa kurang pasti bilangan rakaat yang telah di lakukan. Akhirnya kita mengerjakan lima rakaat bagi solat asar kerana hati was-was tadi.
AKHTAR: Kalau konsep yang sama kita gunapakai dalam perniagaan, maka akhirnya kita akan membayar pelanggan berlebihan. Sudah bayar atau belum bayar balik kepada pelanggan tadi. Mengikut konsep mazhab Syafi’i kita hendaklah bayar (sepertimana bilangan rakaat yang was-was di tambah). Kalau selalu begini boleh bankrupt kita.
TEGUH: Fasal itu dalam perniagaan kita tidak menggunapakai amalan mazhab Syafi’i.
FAEZ: Kita kerap bertekak kerana tidak sehaluan mazhab. Ini perbuatan buang masa, kerana kesemuanya adalah dalam agama Islam jua. Rasuullah saw menegah kita melaknat sesama umat Islam yang lain yang mendirikan solat.
No comments:
Post a Comment