FAEZ: Kanak-kanak yang masih kecil (ada yang berpendapat termasuk kanak-kanak kafir) apabila di masukkan ke dalam kubur nanti semasa kematian mereka tidak akan ditanya oleh Munkar dan Nakir.
MULIA: Roh orang yang meninggal dunia mengetahui orang yang mendoakannya terutama jika pendoa berkenaan adalah anak-anak (termasuk menantu) mereka sendiri. Roh sebenarnya telah terlebih dahulu wujud sebelum wujudnya jasad. Sementara nikmat dan azab seksa di akhirat nanti akan dirasai oleh kedua-dua iaitu roh dan jasad.
AKHTAR: Roh orang yang meninggal dunia akan dikembalikan kepada jasadnya sebaik jenazah itu dikebumikan dan akan hidup semula. Selepas ini Munkar dan Nakir akan menjalankan kerja mereka.
TEGH: Jika seorang wanita pernah berkahwin dengan ramai lelaki semasa hidupnya di dunia dan semasa matinya tidak menjadi isteri kepada sesiapa. Di akhirat nanti ia akan di suruh memilih yang mana satu antara bekas suami-suaminya yang dia paling sukainya. Dan ada pendapat menyatakan akan kembali kepada suami pertama. Ini semua adalah pandangan ulama sahaja.
FAEZ: Tetapi jika pada kematianya dia masih menjadi isteri kepada suami terakhir, maka apabila mati akan kembali kepada suami terakhir itu.
MULIA: Tetapi berlainan pula bagi suami yang ramai isteri. Kesemua isterinya yang sah pada masa kematiannya akan kembali ke pangkuannya pada hari akhirat nanti. Dalam surga soal cemburu dan iri hati tidak timbul langsung.
AKHTAR: Rasulullah saw pernah bersabda bahawa sebenarnya orang yang cerdik dan berakal adalah mereka yang sentiasa bermuhasabah dan menghitung keadaan dirinya selepas kematiannya. Lalu dia mengambil apa jua tindakan agar selamat di dunia dan di akhirat. Dunia ini adalah jambatan ke akhirat. Rosak jambatan, maka sukarlah perjalan ke akhirat.
No comments:
Post a Comment