Thursday, April 28, 2011

JIN PENDUDUK DUNIA SEBELUM MANUSIA




FAEZ: Sebelum Nabi Adam di jadikan, para jin adalah permaustautin tetap dunia ini. Para malaikat bukan penduduk tetap dunia, mereka hanya datang untuk menjalankan arahan Allah jua.

AKHTAR: Apabila Allah hendak menjadikan manusia (Allah pun sudah mengetahui bahawa Nabi Adam akan di turunkan ke dunia dalam masa terdekat), jin telah di arah supaya berpindah ke pendalaman hutan serta di pulau-pulau berjauhan. Kerja menyuruh jin-jin ini berpindah di serahkan kepada satu jin yang tergarang sekali. Sebelum ketua jin ini menjalankan tugas itu, dia di bawa ke dalam alam syurga. Selepas itu ianya menjalankan tugasnya memaksa jin-jin berpindah.

MULIA: Tetapi sekarang apabila kawasan-kawasan ini di terokai oleh manusia, jin tiada pilihan lain kecuali berada bersama-sama manusia. Fasal itu kita kerap kelam kabut di rasok jin kerana kita mencerobhi kawasan mereka.

TEGUH: Manusia tidak nampak jin, tetapi jin boleh melihat manusia. Jin berada di mana-mana jua. Tempat yang paling mereka sukai ialah di dalam bilik air, tandas dan juga di pasar-pasar (supermarket juga ke?). Fasal itu kita di galakan supaya jangan mandi bogel sebab ada jin suka melihatnya.

MULIA: Ada beberapa persamaan di antara manusia dengan jin. Jin ada lelaki dan perempuan. Mereka hidup dan mati, makan dan minum. Berkahwin dan beranak. Ada yang Islam dan bukan Islam. Apabila tiba masanya mereka masuk surga dan neraka.

FAEZ: Jin di buat daripada api. Persamaan jin dengan malaikat pula ialah: mereka transparent, boleh terbang, boleh menyerupai manusia atau binatang, dan mempunyai kekuatan berganda berbanding manusia.

AKHTAR: Apabila Adam di jadikan, kesemua jin perlu berpindah termasuk ketua jin tadi. Ketua jin tadi memberontak sebab manusia dapat kemudahan yang lebih baik daripada jin (termasuk ketua jin tadi). Ketua jin ini ialah Iblis (syaitan).

No comments:

Post a Comment