TEGUH: Solat jamak (mencantumkan pelaksanaan dua solat yang berasingan waktu dalam satu waktu – sila lihat keterangan lanjut) dan qasar (maksud perkakataan “qasar” ialah pendek iaitu memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat) pada amnya hanya di haruskan kepada seseorang yang telah memutuskan untuk suatu perjalanan (melebihi sembilan puluh kilometer) bagi tujuan yang tidak maksiat.
AKHTAR: Apabila ia berniat untuk tinggal di tempat itu tidak melebihi tiga hari tiga malam (sila ingat bahawa perkiraan hari dalam Islam bermula daripada masuknya waktu Magrib), tanpa mengambil kira hari sampai dan hari keluar, maka harus baginya qasar dan jamak solat.
MULIA: Tetapi apabila ia berniat untuk tinggal melebihi daripada tiga hari tiga malam di tempat yang di tuju, maka terputuslah status musafirnya sebaik tiba memasuki mukim tempat yang di tuju itu. Dia tiada di bolehkan bersolat qasar dan jamak di tempat yang di tuju itu. Ada ulama yang berbeza dalam kes sebegini dan pembaca di minta supaya minta pandangan ustaz lain.
FAEZ: Kita apabila singgah di R&R perlu berhati-hati. Kita yang bermusafir (bersolat qasar) tidak boleh berimamkan orang yang bersolat penuh empat rakaat. Tidak boleh juga jika kita hendak berimamkan seseorang yang sedang dalam rakaat ke tiga atau ke empat. Iaitu imam dalam dua rakaat terakhir dan kita pula hendak bersolat qasar dua rakaat, di mana bilangan rakaatnya adalah sama. Ini tidak di bolehkan sama sekali.
No comments:
Post a Comment