Saturday, June 4, 2011

JIN, SYAITAN & IBLIS

MULIA: Allah mencipta (1) syurga sebelum neraka, (2) rahmatNya sebelum murkaNya, (3) langit sebelum bumi, (4) matahari sebelum bintang, (5) siang sebelum malam, (6) lautan sebelum daratan, (7) bumi sebelum gunung, (8) malaikat sebelum jin, (9) jin sebelum manusia, dan (10) mencipta lelaki sebelum wanita.

TEGUH: Jin dicipta 2,000 tahun sebelum penciptaan Adam/manusia. Jin di cipta daripada api manakala manusia daripada tanah, dan malaikat dari cahaya. Sesungguhnya Allah mencipta para malaikat pada hari Rabu, jin pada hari Khamis dan Adam pada hari Jumaat.

FAEZ: Nabi Muhammad saw di utus untuk berdakwah kepada manusia dan jin. Ada manusia yang beriman dan ada yang kafir, begitu juga jin.

AKHTAR: Jin merupakan penghuni bumi dan malaikat penghuni langit. Jin telah melakukan banyak kerosakan di muka bumi, lalu Allah mengirim pasukan dari kalangan malaikat (ada ulama menyatakan di ketuai oleh Iblis) menyerang jin-jin ini. Jin di singkir daripada hutan rimba daratan ke beberapa pulau di tengah lautan.

FAEZ: Makanan jin ialah tulang dan dan kotoran haiwan. Jin gunakan tangan kiri untuk makan dan minum. Menyebut nama Allah mampu mengusir syaitan agar tidak ikut makan makanan manusia.

MULIA: Tempat tinggal jin ialah di tempat-tempat kotor seperti tempatv sampah, bilik mandi, tandas, dan kandang haiwan.

MULIA: Faktor berikut masih perlu di semak oleh para pembaca kerana kami belum jumpa dokumen yang sah secara terang menyatakannya. Para malaikat yang menyerang jin ke pulau-pulau itu di ketuai oleh malaikat yang paling garang sekali, iaitu iblis. Operasi menghalau jin ini berjaya.

TEGUH: Iblis merasa bangga kerana kejayaan itu. Tetapi apabila Allah hendak mencipta Adam, iblis marah kerana manusia akan menjadi khalifah di muka dunia ini. Mungkin iblis agak dia akan jadi bos di dunia ini setelah jin di halau ke pulau-pulau. Seperti di nyatakan factor ini perlu di semak semula dengan ustaz pembaca. Hanya Allah Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment