Saturday, May 28, 2011

TERTIB DALAM SAF, NIAT DAN SALAM

TEGUH: Apabila kita bersolat secara berjemaah, barisan makmum hendaklah lurus. Cara menentukan kelurusan barisan jemaah adalah berpandukan kepada tumit kaki. Belakang tumit kaki kita hendaklah sama-sama lurus dengan tumit kaki jemaah-jemaah lain di kiri kanan kita.

MULIA: Kita jangan ukur cara bahu badan atau hujung anak-anak jari kaki. Ini semua bukan pengukur yang di sarankan dalam ilmu Islam.

FAEZ: Tumit kaki ini juga di gunakan sebagai penentu makmum berada di “belakang” imam. “Belakang” di sini bermaksud secara fisikal makmum memang berada di belakang imam, atau makmum berada di tepi imam. Seseorang makmum boleh bersolat rapat dengan imam, tetapi belakang tumit jemaah hendaklah tidak sebaris atau melebihi ke hadapan tumit kaki imam. Jika tumit ini sebaris, ianya boleh menyebabkan solat makmum itu di kira sebagai solat solo. Dan jika tumit makmum lebih ke hadapan daripada imam, solat jemaah makmum itu tidak sah.

AKHTAR: Dalam mazhab sayfii, makmum boleh berimamkan apa jua niat solat imam. Seperti contoh, imam solat sunat, makmum boleh berniat fardu atau sebaliknya. Niat solat imam tidak semestinya sama dengan niat makmum.

TEGUH: Yang penting rakaat makmum jangan kurang daripada imam. Rakaat makum boleh sama atau lebih daripada imam. Dengan lain perkataan, makmum tidak boleh selesai solat lebih awal daripada imam.

MULIA: Begitu juga di akhir solat semasa memberi salam. Biarlah imam memberi salam terlebih dahulu, baharulah kita makmum ikut memberi salam sebagai tamatnya solat.

No comments:

Post a Comment