AKHTAR: Sedawa tidak membatalkan wuduk dan seterusnya tidak juga membatalkan solat, biar pun ianya mengeluarkan satu bau yang sangat tidak di senangi.
MULIA: Apabila kita menguap semasa solat, hendaklah seberapa boleh menahan semampunya atau pun menutup dengan tangan di atas mulut kita. Ada ulama menyatakan bahawa syaitan suka masuk ke dalam badan kita semasa kita menguap.
TEGUH: Adalah makruh jika di teruskan bersolat setelah makanan di hidangkan di samping salah seorang daripada kita memang sangat lapar ketika itu. Begitu juga jika kita menahan daripada membuang air kecil maupun air besar kerana hendak menjaga wuduk.
FAEZ: Ada juga di dapati mereka yang solat berjemaah secara masbuk (datang lambat, imam tengah solat) menerus menyempurnakan membaca al-Fatihah pada perbuatan rukuk atau sujud. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan petunjuk Rasulullah saw.
AKHTAR: Kalau dia betul-betul lambat, maka ada ulama menyatakan bahawa bacaan al-Fatihah imam sudah memadai untuk makmum terlambat itu. Maksudnya makmum boleh baca sebahagian yang termampu sahaja atau pun tidak baca al-Fatihah sama sekali kerana terlambat.
MULIA: Walau bagaimana pun jika dia memang sengaja melambatkan sehingga imam selesai membaca al-Fatihah, ada pendapat menyatakan bahawa solatnya tercalar (kami tidak berani hendak menyatakan tidak sah).
TEGUH: Perbuatan tunggu imam hingga selesai membaca al-Fatihah, baharu kita masuk berjemaah, hendaklah di hentikan, takut-takut solat kita jadi kosong sahaja. Perbuatan ini banyak berlaku semasa solat Terawih Ramadan ini.
No comments:
Post a Comment