Wednesday, August 17, 2011

SOLAT BERSANDAR

TEGUH: Semasa solat Terawih ada berbagai cara di perhatikan makmum bersolat. Di sebabkan kepenatan ada jemaah solat bersandar pada tiang atau diding masjid. Solat Terawih adalah solat sunat, maka ianya di bolehkan.

AKHTAR: Akan tetapi jika dia solat fardu, jika tiada ada apa-apa halangan sakit atau sebagainya, hukumnya tidak boleh. Sebabnya, orang yang mampu solat fardu dengan berdiri, wajib melakukannya dengan berdiri.

FAEZ: Di antara ayat yang kerap tersilap bacaan dalam al-Fatihah ialah pada ayat (1) An’amta ‘alaihim (2) Iyyakana’budu dan (3) Ihdinash shiratha.

MULIA: Semasa solat Terawih, ada berbagai ragam jemaah. Ketika imam membaca pada penghujung surah al-Fatihah iaitu “Waladhdallin”, ada jemaah sengaja memanjangkan sebutan “Aaaaaaaniiin” (sehingga enam harakat). Ini perbuatan yang salah, ianya hanya perlu menyebut “Amin” (dua harakat).

No comments:

Post a Comment