Friday, August 12, 2011

BATAL WUDUK

MULIA: Muntah dan sendawa tidak membatalkan wuduk. Biarpun ada ulama menyebut hadis yang mengatakannya batal tetapi hadis itu berasal dari riwayat Ismail bin Abbas dari Ibnu Juraij orang Hijaz. Hadis ini di anggap lemah.

TEGUH: Ramai orang sementara menantikan masuk waktu solat, suka duduk bersandar di dinding atau tiang hingga tertidur lena. Kejadian ini membatalkan wuduk.

FAEZ: Kalau tidur lena dalam keadan bebaring atau meratakan badan di lantai, wuduknya memang batal.

AKHTAR: Tetapi jika ia tidur lena secara duduk tidak menyandar ke dinding atau tiang serta punggungnya tetap merata berada di lantai, maka wuduknya tidak terbatal.

FAEZ: Batalnya wuduk jika tidur lena ya.....tetapi mengantuk tidak membatalkan wuduk sebab perasaannya tidak turut terbawa tidur. 

MULIA: Air zamzam boleh di gunakan untuk berwuduk. Tidak menjadi kesalahan.

TEGUH: Mencucui anggota wuduk boleh hanya sekali, dua kali atau tiga kali. Syaratnya ianya kena konsisten, jika pada permulaan basuh muka di buat hanya satu kali, maka anggota-anggota lain seterusnya hendaklah di basuh satu kali sahaja juga. Kalau mula dua kali, maka seterusnya dua kali. Walau bagaimanapun, tiga kali adalah yang paling popular.

AKHTAR: Bagi cincin yang ketat di jari, apabila hendak berwuduk hendaklah di buka. Begitu juga jika memakai jam ketat di tangan. Di khuathiri ianya menghalang air sampai ke anggota wuduk.

No comments:

Post a Comment