MULIA: Ada berapa waktu yang di larang kita bersolat. Salah satu daripadanya ialah selepas solat subuh hingga matahari naik. Jangkamasanya ialah kira satu jam setengah selepas masuk waktu subuh. Pada waktu itu kebanyakkan orang kafir sedang sujud kepada syaitan.
TEGUH: Larangan lagi ialah apabila matahari menegak di kepala, kira-kira jam 12 tengah hari kerana pada ketika ini neraka jahanam sedang di nyalakan. Jangkamasa larangan ini ialah sehingga kita dapat melihat bayang-bayang kita apabila berdiri di bawah matahari.
AKHTAR: Selepas waktu Asar hingga Magrib adalah waktu larangan juga sebab kebanyakkan orang kafir sujud kepada syaitan sekali lagi.
FAEZ: Mengikut mazhab Imam Syafi’e, solat-solat Nawafil yang memiliki sebab boleh di lakukan pada masa-masa terlarang tersebut. Di antara solat Nawafil ialah solat Tahiyat, solat Eid, solat Kusuf, solat jenazah dan solat yang di qadak.
No comments:
Post a Comment