RASULULLAH saw
MULIA: Rasulullah akan memakan buah-buahan terlebih dahulu, selepas itu baharu makan gandum, roti atau makanan berat.
FAEZ: Amalan cara kita berbuka puasa adalah mengikut sunnah Rasulullah. Apabila tiba waktu berbuka puasa kita dahului dengan buah kurma dan minum air segelas. Selepas itu kita bersolat Magrib, kemudian baharu kita makan yang berat sedikit.
TEGUH: Cara orang Malaysia berbuka puasa di hotel-hotel tidak perlu di contohi. Apabila kita sudah membayar RM70-RM100 seorang, sudah tentu kita akan makan sepuas-puasnya. Ini tidak bersesuaian dengan sunnah Rasulullah agar kita berhenti makan apabila mula merasa kenyang. Perut kita sepatutnya berada di tahap satu pertiga (1/3) makanan, 1/3 air dan 1/3 lagi udara kosong agar senang kita bernafas.
AKHTAR: Rasulullah melarang kita meninggalkan makan malam, di khuatiri akan dimamah usia di sebabkan kekurangan nutrisi yang akan menambah risiko penuaan. Cuma dalam literature ini tidak di sebut makan apa! Makanan berat seperti nasi ke? Atau kita hanya makan ringan seperti roti sahaja.
MULIA: Rasulullah memang suka minum air sejuk, bukan minuman berais. Setiap pagi Rasulullah akan minum air sejuk bercampur sedikit madu.
FAEZ: Di samping makan, Rasulullah suka mandi di awal subuh. Iaitu kira-kira satu jam sebelum masuk waktu subuh. Ini bermakna kita kena mandi pada jam 5 pagi......dengan air sejuk bukan air panas water heater tu ya! Bukan senang hendak dapat pahala ya!
No comments:
Post a Comment