TEGUH: Ramai di antara kita berpendapat bahawa solat Eidul Fitri adalah sunat biasa, iaitu jika tidak buat tidak mengapa. Sebenarnya ia adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat di tuntut.
AKHTAR: Rasulullah saw memerintahkan golongan wanita agar keluar dari rumah berduyun-duyun pergi ke masjid-masjid untuk bersolat Eidul Fitri. Dalam sunnah-sunnah Rasulullah tidak banyak yang menyuruh wanita keluar rumah. Perintah ini sungguh istemewa.
MULIA: Wanita Malaysia tidak ramai yang pergi ke masjid-masjid menunaikan solat Eidul Fitri ini, berbanding dengan wanita Indonesia.
FAEZ: Di Malaysia kebanyakkan masjid memulakan solat Eidul Fitri lebih kurang jam 8.30 pagi. Ianya bermula dengan solat Eidul Fitri dua rakaat dan di ikuti dengan khutbah. Tatacaranya terbalik berbanding solat Jumaat yang di mulai dengan khutbah dan kemudian solat.
TEGUH:Apabila Imam mula bersolat Eidul Fitri, maka kewajipan membayar zakat tamat. Sesiapa yang membayar zakat selepas ini di anggap sebagai sedekah atau hadiah sahaja, tetapi dosanya tetapi ada.
AKHTAR: Rasulullah mengamalkan bacaan takbir Raya secara solo dengan penuh semangat serta bersuara. Di katakan semasa zaman Rasulullah dahulu belum ada lagi bacaan takbir Raya beramai-ramai di masjid sepertimana sekarang.
MULIA: Bacaan takbir Raya Eidul Fitri boleh bermula dari Magrib penghujung Ramadan hingga ke saat permulaan solat Eidul Fitri esok paginya. Selepas itu dikatakan haram melakukannya.
TEGUH: Tidak ada solat sunat sebelum atau sesudah solat Eidul Fitri. Ada ulamak menyatakan jika di lakukan juga hukumnya makruh.
FAEZ: Di sini ada pendapat menyatakan bahawa tidak ada mengangkat kedua tangan ketika takbir kedua dan seterusnya dalam solat Eidul Fitri.
MULIA: Ingat tak dalam solat Hari Raya semasa berniat kita angkat tangan untuk bertakbir pertama, kemudian baca selawat atas Nabi, kemudian ucap takbir kedua, baca selawat lagi, takbir .......berulang hingga lima kali, kemudian baharu baca al-Fatihah. Yang di maksud tiada angkat tangan ini ialah pada takbir kedua dan seterusnya. Tetapi di Malaysia kita amalkan mengangkat kedua tangan di setiap takbir.
No comments:
Post a Comment