MULIA: Allah Ta’ala pernah berfirman bermaksud “Tiap-tiap perbuatan baik pahalanya sepuluh kali sampai ke tujuh ratus kali, selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagiKu dan Aku akan membalasnya”.
AKHTAR: Nabi Muhammad saw ada bersabda “Tidur orang yang berpuasa itu ibadah”. Tanpa buat apa-apa tidur sahaja sudah dapat pahala.......
FAEZ: Puasa itu adalah amalan pada batin dengan kesabaran semata-mata. Puasa itu tiada yang melihatnya selain Allah Azza wa Jalla.
MULIA: Puasa ini hendaklah di dahulukan dengan niat iaitu terlintas dalam hatinya untuk berpuasa esok harinya. Tidak memadai hanya di sebut dengan lidah sahaja. Ada ulamak mengatakan bahawa tidak memadai hanya dengan sekali niat sahaja untuk sebulan Ramadan, bahkan ianya di sunatkan diulangi dengan niat pada tiap-tiap malam.
TEGUH: Di takdirkan jika kita terlupa berniat pada satu malam maka bolehlah di taklidkan kepada Mazhab Maliki yang mengatakan memadai sekali sahaja niat iaitu pada malam pertamanya. Tetapi jika dia tidak dapat berpuasa pada mana-mana hari, maka ia hendaklah berniat semula pada hari pertama sambungan puasa tersebut.
AKHTAR: Hal ini samalah berniat pada waktu siang jika terlupa (repeat..terlupa buka di sengajakan..)....terlupa berniat pada waktu malam dengan bertaklidkan kepada mazhab Imam Abu Hanifah yang mengatakan sah niat pada siang hari. Wallhu A'lam.
TEGUH: Walau bagaimanapun, mengikut mazhab Syafii......orang Malaysia ikut mazhab ini......diwajibkan niat pada tiap-tiap malam. Sekiranya penerangan ini tidak jelas, pembaca di minta supaya merujuk kepada ustaz di tempat masing-masing.
MULIA: Adalah tidak membatalkan puasa jika berbekam, bercelak, lalat termasuk ke dalam rongga, muntah dengan tidak sengaja, atau menelan kahak dari kerongkongnya. Kecuali jika kahak tersebut telah sampai ke mulutnya, kemudian dia menelan kahak tersebut, maka yang demikian itu membatalkan puasa.
FAEZ: Qada iaitu berpuasa ganti kerana tidak berpuasa dalam bulan Ramadan, hanya berlaku kepada wanita yang datang haid; orang murtad yang kembali ke dalam Islam; mereka yang membatalkan puasa sebab tertentu seperti musafir, sakit ringan dll.
AKHTAR: Adapun bagi kanak-kanak di bawah umur dan orang gila tidak di wajibkan qada puasa. Begitu juga bagi mereka yang baharu menjadi Muslim, waktu-waktu semasa mereka kafir dahulu tidak perlu di qadakan.
TEGUH: Ada beberapa sunat utama dalam bulan Ramadan ini seperti melewatkan sahur, menyegerakan berbuka puasa dengan manisan seperti buah tamar, jangan bersugi selepas waktu gelincir matahari, memberi makan berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa, bertadarus al-Quran dan beritikaf dalam masjid.
MULIA: Anggaplah Ramadan kali ini adalah yang terakhir bagi kita, buatlah sebaik mungkin. Jangan tinggalkan solat wajib, dan buat solat sunat banyak-banyak.
FAEZ: Kajian yang di buat oleh UKM bersama-sama badan-badan NGO, didapati remaja Islam Malaysia yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun melapurkan 64% daripada responden yang di temuselidik, berpuasa sepanjang bulan Ramadan tetapi yang bersolat penuh lima waktu hanya 29% sahaja. Rugi gila..........
No comments:
Post a Comment