MULIA: Arahan wajib berpuasa pada bulan Ramadhan ini hanya berkuatkuasa pada sembilan tahun terakhir hayat Nabi Muhammad saw. Selama sembilan tahun ini, hanya dua kali sahaja di mana Ramadhan genap tiga puluh hari. Tidak ada dua puluh lapan atau tiga puluh satu hari dalam bulan Ramadhan.
TEGUH: Ada juga yang mengriwayatkan lima tahun atau setahun sahaja yang genap tiga puluh hari. Walau bagaimanapun berapa tahun ini bukan persolannya. Yang sahnya bahawa Nabi ada berpuasa tiga puluh hari dan juga dua puluh sembilan hari sahaja, mengikut perkiraan bulan Ramadhan pada masa tersebut.
AKHTAR: Jika kita bermusafir panjang maka formulanya ialah “wajib ia memulakan puasa dan mengakhiri puasanya mengikut tempat di mana ia berada”. Tetapi sekiranya ia telah pun berhari raya, dan musafir ke negara yang masih berpuasa, maka ia diwajibkan supaya menahan diri daripada makan dan minum kerana menghormati bulan Ramadhan di negara itu.
FAEZ: Rukun puasa ada tiga iaitu (1) niat (2) orang yang berpuasa, dan (3) menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa. Niat adalah lintasan di hati untuk berpuasa esok harinya, bukan di lidah berkata-kata.
MULIA: Niat yang sempurna dengan menghimpunkan antara yang rukun dan yang sunat ialah “Sahaja aku puasa esok hari tunai bagi bulan Ramadhan, tahun ini, fardu atasku kerana Allah Taala”.
AKHTAR: Atau memadai “Sahaja aku puasa esok hari daripada bulan Ramadhan” atau “ Sahaja aku berpuasa daripada bulan Ramadhan, atau “Sahaja aku puasa bulan Ramadhan”. Ketiga-tiga bentuk niat ringkas ini panjang perbahasannya terutama pada perkataan “esok hari” dan “daripada”.
No comments:
Post a Comment