Tuesday, August 2, 2011

PUASA

PUASA RAMADHAN MELEBIHI 30 HARI


TEGUH: Jika sekiranya seseorang mula berpuasa di Mekah (biasanya Ramadhan di Mekah lebih awal sehari daripada Malaysia) dan pada akhir bulan Ramadhan berkenaan ianya pulang ke Malaysia. Di sebabkan keadaan yang berlainan zon akan berlaku seseorang akan berpuasa selama 31 hari.

AKHTAR: Persoalannya ialah (1) adakah orang itu perlu berpuasa wajib Ramadhan biarpun akhirnya dia akan berpuasa selama 31 hari? atau (2) adakah orang itu perlu berpuasa sunat sahaja kerana Ramadan tiada 31 hari, atau (3) adakah orang itu tidak boleh berpuasa wajib mahupun sunat kerana secara teknikal ianya sudah menyambut “hari raya”.

 
FAEZ: Di sini BUKAN jawapannya, kerana petikkan berikut tidak merujuk kepada persoalan di atas. Ianya di ambil dari sebuah kitab yang membincangkan isu puasa secara menyeluruh dan buku berkenaan di susun semula oleh mantan Imam Besar Masjid Negara. Di dalamnya terdapat kenyataan seperti “apabila seseorang itu telah berpuasa (Ramadhan) selama 30 hari maka keesokan harinya wajib ia berbuka kerana puasa (Ramadhan) tidak boleh melebihi 30 hari”.

MULIA: Dan satu lagi berbunyi “Sekiranya ia telah pun berhari raya , dan musafir ke negeri yang mana ia mendapati tempat itu masih lagi berpuasa, maka ia diwajibkan supaya menahan makan dan minumnya walaupun ia tidak berpuasa kerana menghormati bulan Ramadhan di tempat itu”. Wallahu A’lam.

MULIA: Dalam kitab itu ada menyebut pendapat Syeikh Ramli (seorang ulama agaknya) bahawa “wajib menyamai pada awal puasa dan tidak diwajibkan menyamai pada akhirnya”.

TEGUH: Apa akan terjadi jika kita telah berpuasa 28 hari, musafir ke suatu negeri yang sedang berhari raya setelah berpuasa selama 29 hari. Maka mengikut kitab berkenaan kita diwajibkan qada satu hari kerana bulan Ramadhan tidak ada 28 hari.

AKHTAR: Daripada permasalahan di atas ada dua persoalan terbit daripadanya, iaitu (1) pada hari kita yang ke 29 itu, adakan kita perlu berpuasa atau sama-sama beraya serta qada satu hari pada masa lain?, dan (2) adakah kita perlu qada 2 hari jika negeri yang kita pergi bermusafir itu berpuasa 30 hari?.

FAEZ: We need to do more research...........and meet some other time...InsyAllah.

No comments:

Post a Comment