Saturday, August 6, 2011

QADA PUASA DAN FIDYAH

TEGUH: Orang yang meninggal dunia tidak sempat mengqada puasa yang ditinggalkan tanpa keuzuran, wajib dikeluarkan daripada harta peninggalannya satu nilai fidyah mengikut perkiraan berikut. Nilainya ialah satu cupak beras bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan, atau pun diqadakan oleh waris terdekat mengikut bilangan hari yang tertinggal.

MULIA: Perkiraan satu cupak beras adalah bersamaan dengan 0.688 kilo. Dan harga beras adalah menikut jenis beras yang kita makan harian.

AKHTAR: Tetapi sekarang ini ramai di antara kita tidak memasak di rumah, lebih banyak makan di kedai. Jadi bagaimana hendak kira beras jenis apa?

MULIA: Bagi penduduk Selangor dan negeri-negeri yang sama kadar bayaran zakat fitrahnya iaitu RM7 satu kepala, perkiraan fidyah adalah lebih kurang begini. Wang RM7 zakat ini adalah perkiraan persamaan 2.3 kilo beras; atau jika di bahagikan ianya menjadi RM3.04 bagi satu kilo beras.

AKHTAR: Bagi perkiraan fidyah kita perlu 0.688 kilo beras sahaja, maka ianya akan menjadi hanya lebih kurang RM 2.10 bagi satu cupak beras fidyah.

TEGUH: Kalau kita tertinggal puasa sepuluh hari maka fidyah ialah RM21.00 (i.e.10 hari X RM 2.10). Dan jika kejadian ini telah berlaku lima tahun dahulu, maka fidyah untuk sepuluh hari ini menjadi RM105.00 sahaja (i.e. 10 hari X 5 tahun X RM 2.10).

MULIA: Fidyah ini perlu di beri kepada fakir miskin, mana hendak cari? Setiap masjid atau surau yang mengutip wang zakat fitrah pasti ada senarai fakir miskin di kawasan berkenaan. Jadi serahkan duit fidyah kita itu melalui mereka. Kita boleh beri kepada beberapa orang fakir miskin atau hanya pada satu orang pun sudah memadai.

FAEZ: Bagi wanita yang mengandung bimbang akan kesihatan anak di dalam kandungannya atau ibu yang sedang menyusukan bayinya, dia hanya diwajibkan qada sahaja tanpa fidyah.

AKHTAR: Orang yang melengah-lengahkan qada puasa Ramadan hingga bertemu Ramadan berikutnya, maka wajib ke atas orang ini membayar fidyah di samping wajib qada puasanya. Sekiranya melangkau bertahun-tahun lamanya tidak di qadakan, maka fidyahnya di gandakan mengikut tahun lamanya. Seperti contoh puasa yang tidak di qadakan itu berlaku tiga tahun yang lalu, maka fidyahnya ialah tiga cupak beras bagi setiap hari. Manakala qada bilangan hari puasa tidak berganda.

No comments:

Post a Comment