FAEZ: Hikmah di sebalik kewajipan zakat fitrah adalah untuk mencukupkan kekurangan dalam ibadah puasa. Samalah seperti sujud Sahwi bagi solat fardu. Ada juga ulamak menyatakan pahala puasa Ramadan tergantung di antara langit dan bumi dan tidak diangkat melainkan dengan membayar zakat fitrah.
TEGUH: Adapun zakat fitrah ini dilaksanakan hanya pada umat Nabi Muhammad saw sahaja bermula di fardukan pada tahun ke dua selepas hijrah.
MULIA: Bagi urusan pentadbiran, masa yang di tetapkan membayar zakat fitrah ini bermula dari hari pertama puasa hinggalah sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
AKHTAR: Dari segi hukum, mereka yang diwajibkan zakat fitrah adalah umat Islam yang sempat bertemu dengan akhir Ramadan. Dia mempunyai makanan dan pakaian yang mengcukupi untuk dirinya pada malam 1 Syawal.
MULIA: Ini bermakna umat Islam yang lahir beberapa saat sebelum terbenamnya matahari Ramadan (waktu Magrib) atau meninggal dunia beberapa saat selepas waktu tersebut, di wajibkan kena zakat fitrah. Dengan lain perkataan, tepat pada waktu Magrib tersebut, dia mestilah masih hidup dan bernyawa.
FAEZ: Waktu yang wajib membayar zakat fitrah ialah ketika terbenam matahari pada akhir Ramadan (waktu Magrib) sehinggalah sebelum solat sunat Hari RayaAidilfitri.
TEGUH: Zakat fitrah tiada “qada”. Katakan pada tahun ini , seseorang itu terlalu miskin dan tidak mampu membayar zakat fitrah, maka hukum wajib ke atasnya gugur. Pada tahun hadapan, dia dimurahkan rezeki oleh Allah menjadi kaya raya, maka dia tidak perlu bayar zakat “back-dated”, kewajipan berzakat sebelum ini sudah gugur daripadanya. Tetapi zakat pada tahun hadapan adalah wajib ke atasnya kerana dia mampu.
No comments:
Post a Comment