Thursday, August 18, 2011

SAF SOLAT

TEGUH: Jika kita (lelaki) seorang sahaja bersolat di belakang imam, maka adalah di galakkan supaya kedudukan kita ialah di kanan tepi belakang imam. Ini bermaksud apabila kita sujud nanti, kepala kita kira-kira sebaris dengan lutut imam.

MULIA: Tetapi jika ada dua orang makmum, maka makmum pertama berada betul-betul di belakang imam sepertimana biasa, dan makmum kedua di sebelah kanan makmum pertama.

FAEZ: Jika ada tiga makmum, maka makmum ketiga akan berada di kiri makmum pertama.

AKHTAR: Makmum keempat akan berdiri di kanan makmum kedua, dan makmum kelima di kiri makmum ketiga. Begitulah seterusnya.....kanan, kiri, kanan, kiri.....

TEGUH: Setelah saf pertama penuh, maka saf kedua bermula dari tengah. Iaitu makmum pertama di saf kedua ini akan berada betul-betul di belakang makmum pertama di saf pertama tadi.

FAEZ: Ingat persambungan saf baharu bukan dari hujung saf. Ianya bermula dari tengah-tengah saf baharu itu.

MULIA: Kayu pengukur meluruskan saf ialah dengan tumit atau buku lali belakang kaki setiap jemaah sebaris. Jika ini berlaku insyAllah bahu-bahu setiap makmum akan turut tegak lurus.

AKHTAR: Sebaik-baik saf bagi jemaah lelaki adalah saf yang pertama. Sebaik-baik saf bagi jemaah perempuan (yang bersolat bersama-sama jemaah lelaki) adalah saf yang terakhir di belakang sekali.

No comments:

Post a Comment