TEGUH: Perbuatan mendahului imam ketika takbiratul ihram atau di akhir solat semasa memberi salam akan membatalkan solat makmum tersebut.
AKHTAR: Ramai di antara kita cuai dalam perkara tumakninah iaitu berhenti diam sebentar dalam beberapa saat. Tujuan tumakninah ialah supaya bertenang, tidak tergopoh gapah.
MULIA: Semasa dalam rukuk, kita di sunatkan membaca tasbih. Walau bagai mereka yang tidak mahu membaca apa-apa pun ini di bolehkan oleh sebab bacaan dalam rukuk adalah sunat semata-mata. Kurang pahala.
FAEZ: Bagi mereka yang tidak mahu membaca apa-apa ini, di bimbangi akan mempercepatkan rukuknya dan terus berdiri tegak.
TEGUH: Dalam keadaan cepat-cepat ini, kemungkinan besar tiada tumakninah (berhenti diam sebentar). Jika ini berlaku ianya boleh membatalkan solat.
AKHTAR: Kalau kita tidak mahu baca apa-apa semasa rukuk tidak mengapa, tetapi hendaklah berdiam sebentar dalam beberapa saat kerana ianya sangat-sangat di tuntut.
No comments:
Post a Comment