Tuesday, August 23, 2011

SOLAT MUSAFIR

FAEZ: Apabila kita bermusafir ke luar mukim dan perjalanan itu sejauh lebih daripada sembilan puluh kilometre, maka di bolehkan melakukan solat fardu secara qasar, iaitu memendekkan solat fardu biasa yang emapt rakaat kepada dua rakaat sahaja. Tetapi rakaat bagi solat Magrib dan Subuh kekal sepertimana biasa.

TEGUH: Sebagai pengetahuan, sembilan puluh kilometer ini juga ada berbagai pendapat. Pendapat yang mengatakan kilometre kurang daripada itu, dan ada mengatakan perkiraan kilometer ini tidak timbul langsung. Walau bagaimanapun, kami di sini selesa dengan perkiraan sembilan puluh kilometer ini.

MULIA: Kita juga boleh jamakkan solat kita, iaitu melakukan solat Zohor dan Asar bersekali pada waktu Zohor atau pada waktu Asar. Begitu juga solat Magrib dan Isyak dibuat bersekali pada waktu Magrib atau pun dalam waktu Isyak. Solat Subuh tiada gandingan, tetap solo dan waktu sepertimana biasa.

AKHTAR: Kalau kita buat jamak dalam waktu Zohor dan Magrib, kita sebut jamak taqdim iaitu didahulukan. Jika di jamakkan dalam waktuAsar dan Isyak di sebut jamak ta’khir iaitu di akhirkan.

TEGUH: Kita boleh melakukan solat qasar dan jamak apabila kita telah keluar daripada mukim tempat kita tinggal. Ada orang mentafsirkan mukim ini ialah taman perumahan tempat kita tinggal, atau pun daerah di mana rumah kita berada. Biasanya kalsifikasi daerah ini sudah lebih daripada mencukupi.

MULIA: Kita tidak perlu keluar sehingga sembilan puluh kilometer baharu hendak solat qasar jamak. Keluar mukim sahaja sudah boleh bersolat qasar jamak, tetapi tujuan perjalanan kita mesti melebihi sembilan puluh kilometer.

TEGUH: Begitu jika semasa kita pulang daripada perjalanan berkenaan nanti, kita masih boleh bersolat qasar jamak dengan syarat kita belum masuk ke dalam mukim kita sendiri.

AKHTAR: Katakan kita hendak pergi out-station yang jaraknya melebihi sembilan puluh kilometer, apabila kita berada di luar mukim, kita pun bersolat qasar jamak. Selepas itu, dapat arahan supaya pulang dan tidak perlu meneruskan pergi out-station itu. Apa jadi dengan solat qasar jamak kita tadi?

MULIA: Solat qasar jamak kita itu sah dan tidak perlu kita mengulangai solat Zohor dan Asar berkenaan.

FAEZ: Jika kita mendalami solat secara jamak ini (tidak termasuk qasar ya) ianya boleh di lakukan bukan terbatas semasa bermusafir (travelling out-station) sahaja tetapi juga di boleh di laksanakan semasa cuaca tersangat dingin, angin terlalu kencang, hujan terlalu lebat, uzur sakit yang kronik dan pekerjaan tertentu seperti doktor yang sedang melakukan pebedahan dalam jangkamasa berjam-jam. Ini semua boleh di lakukan biarpun semasa dalam mukim sendiri. Ilmu tambahan perlu di cari dalam kes-kes di nyatakan ini sebelum melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment