RAKAAT TAMBAHAN
TEGUH: Kita yang hendak bersolat fardu, di bolehkan menjadi makmum kepada seseorang yang sedang bersolat sunat.
AKHTAR: Sekiranya imam melakukan rakaat tambahan kerana lupa, maka apakah yang patut kita buat sebagai makmum.
FAEZ: Ada empat pilihan iaitu (1) jika kita yakin bahawa imam tidak buat silap iaitu rakaat itu adalah di anggap rakaat yang betul (sebenarnya imam terbuat rakaat tambahan), maka tidak mengapa kita mengikuti imam pada rakaat tambahan itu....solat kita sah.
MULIA: Seterusnya (2) jika imam membuat rakaat tambahan dan kita mengetahuinya, kita tidak perlu ikut imam. Kita duduk diam sehingga imam habiskan rakaat tambahan dan memberi salam. Maka kita pun memberi salam selepas imam......solat kita sah.
FAEZ: Dan ke (3) jika imam terus membuat rakaat tambahan dan kita mengetahuinya, kita boleh memberi salam menamatkan solat kita tanpa perlu menunggu imam...solat kita sah.
TEGUH: Berikutnya yang ke (4) jika kita yakin imam membuat salah dengan menambahkan rakaat, kita ikut imam membuat rakaat tambahan hingga tamat......solat kita terbatal.
No comments:
Post a Comment