Tuesday, September 27, 2011

AL-QURAN, INJEEL DAN BIBLE 2/2

IMAN NAJAH: Al-Quran, Torah, Zaboor dan Injeel adalah kitab-kitab yang di turunkan oleh Allah.....sudah tentu ayat-ayat di dalamnya adalah ayat Allah sendiri.....fakta yang betul, gaya bahasa yang indah biarpun tidak sama dalam satu bahasa serta tiada percanggahan maklumat diantaranya.

FAEZ: Bahasa kitab Taurat ialah Ibrani. Kitab Zabur pula bahasa Qibti dan Injil menggunakan bahasa Suryani. Al-Quran bahasa Arab.

AKHTAR: Contoh kandungan Al-Quran yang indah ialah seperti perkataan Arab “yewn” bermaksud satu hari (singular)...disebut sebanayak 365 kali dalam Al-Quran.....bersamaan dengan bilangan hari dalam setahun.

MULIA: Kemudian perkataan plural nya pula ialah “eyyan” atau “yewmeyn” bermaksud hari-hari...di sebut 30 kali dalam Al-Quran......bersamaan dengan bilangan hari dalam sebulan.

FAEZ: Dan lagi perkataan “pehr” bermaksud satu bulan di sebut 12 kali...indahnya ayat-ayat Allah.

IMAN NAJAH: Banyak lagi contoh yang menarik.....jika manusia yang menulisnya sudah tentu tidak mampu begitu kemas susunan kandungan Al-Quran itu.

TEGUH: Di Israel pihak Yahudi sedang mengorek beberapa kawasan di bawah Masjid Aqsa....mereka kononnya sedang mencari dokumen sejarah peninggalan Nabi Suleiman....kitab Torah di turunkan kepada Nabi Daud, iaitu ayah kepada Nabi Suleiman....

MULIA: Jika benar dakwaan Yahudi ini...kemungkinan mereka akan bertemu dengan kitab lain seperti Zaboor (di turunkan kepada Nabi Musa)dan Injeel (kepada Nabi Isa). Kitab-kitab ini di turunkan kepada nabi-nabi Bani Israel.

AKHTAR: Kitab Injeel adalah kitab Allah, tetapi Bible ciptaan manusia. Bible adalah kumpulan teks agama Judaism dan Christianity. Teks ini di tulis setelah lama wafat atau terangkat ke langit (seperti Nabi Isa) nabi-nabi berkaitan.

IMAN NAJAH: Bible Judaism mengandungi paling kurang 5 buah buku (bagi mazhab Samaritans) hingga 24 buku (mazhab Tanakh). Bible Hebrew juga ada 24 buah buku.

MULIA: Bible Christian lagi banyak, iaitu dari 66 buah buku (mazhab Protestant) hingga 84 buku (mazhab Eastern Orthodox). Bible ini juga di bahagi dua (1) Old Testament – 39 buku Hebrew Scripture dan (2) New Testament – 27 buku.

FAEZ: Banyak sungguh versi Bible ini, berbanding Al-Quran hanya ada SATU versi sahaja.

AKHTAR: Apabila di buat semakan di dapati banyak pencaggahan fakta di antara kitab-kitab ini. Di antara penulis Bible yang kerap di rujuk saperti Paul, Matthew, Luke, John. Mark, dll.

TEGUH: Jika Allah menizinkan, kita akan cuba mencari bahan-bahan percanggahan dalam kitab-kitab Bible ini. InsyAllah. Bertemu lagi kita.........




No comments:

Post a Comment