Sunday, September 25, 2011

AL-QURAN. INJEEL DAN BIBLE : 1/2

IMAN NAJAH: Perbincangan kita ialah adakah Bible itu sebenarnya “kata-kata daripada Allah”?

AKHTAR: Kita sedia maklum bahawa dalam rukun iman, kita wajib percaya kepada kitab-kitab yang di turunkan oleh Allah. Kitab-kitab itu ialah Al-Quran (yang di turunkan kepada Rasulullah), Torah (kepada Nabi Daud), Zaboor (Nabi Musa) dan Injeel (kepada Nabi Isa).

TEGUH: Perhatikan bahawa kita menyebut Injeel adalah kitab daripada Allah, tetapi Bible adalah tulisan manusia. Kita akan jelaskan perkara ini kemudian, dan sekarang sedikit latarbelakang mengenai Al-Quran.

MULIA: Al-Quran mememang telah tertulis sejak sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul lagi. Set yang lengkap telah sedia ada di Luh Mahfooz (Allah sahaja yang Mengetahui tempatnya).

IMAM NAJAH: Set kedua yang sama kandungannya telah di turunkan ke Bayt-ul’Izzat atau di kenali juga sebagai Baytul Ma’moor. Tempat ini adalah dimana para malaikat tawab dan juga beramal ibadat kepada Allah. Lokasinya di langit selari dengan kedudukan Kaabah di Mekah.

FAEZ: Apabila Rasulullah berumur 40 tahun (bermulanya Baginda menjadi Nabi) ayat pertama telah di turunkan melalui malaikat Jibril. Penurunan kali kedua ialah tiga tahun kemudian, dan ayat terakhir turun semasa Rasulullah berumur 63 tahun.

TEGUH: Perlu di ingatkan, susunan penurunan ayat ini tidak sama dengan susunan ayat-ayat dalam Al-Quran yang bermula dengan surah Al-Fatihan, Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa, Al-Maidah dan seterusnya.

IMAN NAJAH: Ayat-ayat ini turun mengikut keperluan atau berlakunya sesuatu perkara. Ini penting, sebab Al-Quran adalah selaku penyelesaian masalah dan mudah di hayati kerana problem di depan mata. Ayat-ayat ini turun melalui malaikat Jibril selama 23 tahun.

TEGUH: Apabila Rasulullah menerima ayat-ayat Al-Quran ini, Baginda akan menghafalnya dengan ajaran malaikat Jibril. Rasulullah akan menyuruh sahabat-sahabatnya menghafal jua dan ada di antara sahabat (ada menyatakan sehingga 40 orang) yang menulis ayat-ayat berkenaan di kulit, kayu, daun, tulang dll.

MULIA: Malaikat Jibril akan mengajar Rasulullah menyusun ayat-ayat ini mengikut susunan sepertimana termaktub di Baytul Ma’moor. Seterusnya susunan Al-Quran yang ada pada kita ini mengikut susunan Baytul Ma’moor jua.

FAEZ: Setelah Rasulullah wafat, masih lagi belum di bukukan. Keadaan yang sama berlaku semasa Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Omar.

AKHTAR: Usaha untuk membukukan Al-Quran di buat semasa zaman Khalifah Othman. Beliau telah mengusahakan 7 salinan Al-Quran bertulisan tangan dan di edarkan ke Makkah, Madinah, Syria, Yaman, Bahrain, Basra dan Kufah. Salinan yang lain di arah supaya di hapuskan dengan membakar sebagainya.

IMAN NAJAH: Al-Quran pertama di cetak di Hamburg kira-kira 320 tahun dahulu. Salinan percetakan pertama ini boleh di lihat di mezium di Cairo.

No comments:

Post a Comment