TEGUH: Apakah erti kata Quran? Perkataan Quran adalah asal kata “qaraa” berarti bacaan. Maka al-Quran pula bermaksud dibaca............dibaca dengan lidah...... dikumpul dalam dada...dan diamalkan dengan perbuatan.
AKHTAR: Cara al-Quran di wahyukan (1) malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah dimana Nabi tidak bertemu malaikat tetapi hanya merasa sudah berada di dalam kalbunya.
MULIA: Cara ke (2) malaikat menampakkan dirinya secara merupai manusia lelaki kacak, membaca ayat al-Quran yang baharu di wahyukan itu sehingga Rasulullah menghafal dan menghayatinya.
FAEZ: Cara ke (3) pula wahyu datang kepada Rasulullah seperti gemerincingnya loceng. Cara ini yang paling berat oleh sebab jika wahyu turun dan Naib sedang di atas unta, maka unta itu terpaksa duduk kerana merasa amat berat. Muka Rasulullah akan berpeluh-peluh seperti seorang yang sedang deman, biarpun semasa musim sejuk.
TEGUH: Cara ke (4) ialah di mana malaikat menampakkan dirinya secara asal. Malaikat Jibril di ceritakan mempunyai 600 kepak dan setiap kepak lebarnya menyelembungi dunia.
AKHTAR: Al-Quran di turunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun iaitu 13 tahun semasa Rasulullah berada di Mekah dan 10 tahun lagi di Madinah. Secara tepat ada di catatkan selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.
MULIA: HIkmah di turunkan secara berangsur-angsur ialah (1) lebih mudah di mengerti dan di laksanakan, (2) turun pada saat kemasalahan benar-benar berlaku, (3) sesuai dengan peristiwa-peristiwa sebenar, (4) lebih mudah untuk di hafal.
No comments:
Post a Comment