TEGUH: Kita kerap mengistilah jihad sebagai menyertai perang sabil, memerangi orang kafir, membela diri dari serangan kafir.......
AKHTAR: Sebenarnya jihad ada bermacam-macam....dengan ucapan dalam usaha menyampaikan kata-kata yang benar kepada pemimpin yang tersasar dan orang ramai.....di ikuti dengan jihad harta.....akhirnya baharu jihad jiwa. Ada juga ulama mengatakan menahan nafsu dari membuat kejahatan juga masuk dalam kategori ini.
MULIA: Jihad dengan fisabilillah terdapat hubungan yang sangat erat. Fisabilillah adalah sesuatu yang di usahakan agar mendekatkan diri kepada Allah dan menegakkan agamaNya. Contoh mendirikan madarasah, membeli kitab-kitab, menderma kepada mana-mana badan yang menyokong ke arah fisabilillah jua.
FAEZ: Marilah kita belajar dengan melatih dalam jihad yang kecil-kecil dahulu......seperti melaksanakan tugas di pejabat kerana Allah demi kesejahteraan negara tanpa mencuri tulang atau menggunakan kemudahan pejabat untuk kerja peribadi........memberi pandangan yang betul dari aspek Islam tanpa perlu gerun kepada kemarahan manusia.......menderma setiap hari biarpun hanya 10 sen sehari......
No comments:
Post a Comment