TEGUH: Rasulullah mempunyai tujuh orang anak iaitu tiga orang lelaki dan empat orang perempuan. Biarpun Rasulullah ada seramai sebelas orang isteri tetapi hanya dua orang isterinya sahaja yang bernasib baik dapat melahirkan zuriat Rasulullah ini. Mereka ialah Khadijah (isteri pertama) dan Mariyah (isteri ke sebelas).
AKHTAR: Khadijah melahirkan anak lelaki bernama Al-Qasim dan Abdullah atau kadangkala di sebut Tahir. Rasulullah juga di kenali sebagai Abul Qasim iaitu bapa kepada Al-Qasim. Ini memang budaya bangsa Arab memanggil mengikut nama anak sulung. Sama seperti isteri Rasulullah bernama Hindun, apabila dia melahirkan anak sulung (sebelum bernikah dengan Rasulullah) bernama Salamah maka ianya dikenali sebagai Ummu Salamah atau ibu kepada Salamah.
MULIA: Dengan kehendak Allah, Al-Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa kecil lagi iaitu sebelum Rasulullah menjadi nabi lagi.
FAEZ: Begitu juga anak lelaki Rasulullah bersama Mariyah yang di beri nama Ibraheem. Kanak-kanak ini telah mula belajar merangkak, sudah pandai cakap sedikit dan sangat manja dengan Rasulullah....tetapi apabila usianya mencapai lapan belas bulan ia meninggal dunia. Inilah satu-satu anak Rasulullah semasa era kenabian Rasulullah.
TEGUH: Kesemua anak perempuan Rasulullah adalah di lahirkan oleh Khadijah. Mereka bernama Zaynab. Ruqayyah, Umm Kulthoom dan Fatimah. Dalam kitab itu tidak menyatakan secara terang siapakah anak sulung Rasulullah, tetapi dari jalan cerita boleh di anggap Zaynab sebagai anak sulung dan diikuti dengan kedua anak lelaki tersebut. Rupa Zaynab banyak beriras kepada ibunya Khadijah.
MULIA: Zaynab telah berkahwin dengan Abu al-As ibn Rabee, iaitu sepupunya seorang perdagangan. Ini berlaku semasa Rasulullah belum menjadi nabi lagi. Mereka di kurniakan dua orang cayamata bernama Ali (cucu pertama Rasulullah) dan Umamah (cucu ke 2). Semasa suaminya berdagangan ke luar negara berhari-hari lamanya, Zaynab telah mengikuti agama ayahandanya iaitu Islam. Apabila suaminya pulang, Abu al-As tidak mahu masuk Islam.....maka mereka berpisah tetapi kekal berkawan baik.
FAEZ: Dalam satu peperangan, Abu al-As menjadi tawanan kepada tentera Islam. Beliau telah dibebaskan dengan usha Zaynab tetapi masih tidak tinggal bersama. Kes Zaynab ini ada persamaan hukum iaitu seseorang lelaki ahli kitab (selain daripada al-Quran) tidak boleh mengahwini wanita Islam. Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah, setelah sekian lama baharulah Abu al-As memelok Islam dan bersatu semula dengan Zaynab sebagai suami isteri yang sah.
AKHTAR: Berikutnya ialah Ruqayyah, anak perempuan ke 2 Rasulullah. Ianya telah di nikahkan dengan anak Abu Lahab tetapi belum sempat bersatu, beliau telah di ceraikan sebagai satu helah untuk menyakitkan hati Rasulullah yang baharu dilantik sebagai nabi.
TEGUH: Ruqayyah kemudian dinikahkan dengan Uthman ibn Affan. Seorang pemuda Islam yang utuh dan kebanggan Rasulullah. Atas dasar keselamatan, mereka telah berhijrah ke Abyssinia. Beberapa bulan kemudian sekembalinya Ruqayyah ke Mekah, dia diberitahu bahawa ibunya Khadijah telah meninggal dunia. Ruqayyah telah dikurniakan anak bernama Abdullah (cucu ke 3 Rasulullah) tetapi telah meninggal dunia pada usia lebih sedikit dua tahun. Kematian ibu serta anaknya ini membawa kedukaan kepada Ruqayyah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian.
FAEZ: Anak perempuan ke 3 Rasulullah ialah Umm Kulthoom. Dia juga berkahwin dan juga bercerai dengan seorang lagi anak Abu Lahab, iaitu sama masa seperti kakaknya Ruqayyah. Setelah berpisah dengan suaminya, dia banyak menumpukan tenaga menjaga ibunya Khadijah serta adiknya Fatimah. Khadijah sedang sakit. Tiga tahun lamanya penderitaan umat Islam kerana di sekat makanan, perubatan dan apa jua kemudahan oleh pihat kafir.
AKHTAR: Khadijah meninggal pada 10 Ramadhan setelah 10 tahun kenabian Rasulullah, di hadapan Rasulullah bersama-sama 3 orang anak perempuan mereka kecuali Ruqayyah. Semasa kematian Khadijah, Ruqayyah masih hidup tetapi berada jauh di luar Mekah. Ruqayyah meninggal sekembalinya ke Mekah.
MULIA: Setelah kematian Ruqayyah, Rasulullah mengnikahkan Umm Kulthoom (adik kepada Ruqayyah) dengan bekas abang iparnya Uthman ibn Affan pula. Mereka berumah tangga selama enam tahun dalam aman damai. Uthman seorang yang sangat baik budibahasanya dan kaya. Umm Kulthoom meninggal pada bulan Shaban 9 Hijrah dan di kebumikan bersebelahan dengan pusara Ruqayyah.
AKHTAR: Anak bongsu Rasulullah ialah Fatimah. Di fahamkan rupa paras Fatimah ada iras Rasulullah. Pada masa itu Kaabah sedang di baikpulih setelah rosak teruk di sebabkan banjir besar melanda Mekah. Rasulullah menjadi nabi semasa Fatimah berumur kira-kira 4 atau 5 tahun dan berhijrah ke Madinah semasa usia Fatimah 18 tahun.
FAEZ: Rasulullah telah menikahkan Fatimah dengan Ali Abu Talib, pemuda pertama memelok Islam. Perbezaan umur hanya 6 tahun sahaja tua Ali.
TEGUH: Setelah setahun berkahwin Fatimah di kurniakan anak bernama Al-Hasan (cucu Rasulullah ke 4) dan di ikuti dengan kelahiran Al-Husayn (cucu ke 5), kemudian Muhsin (cucu ke 6..meninggal dunia semasa bayi lagi), Zaynab (cucu ke 7) and akhirnya Umm Kulthoom (cucu ke 8).
FAEZ: Semasa saat kewafatan Rasulullah, Fatimah ada bersama-sama. Fatimah meninggal dunia pada 3 Ramadan 11 Hijrah pada usia 29 tahun.
MULIA: Marilah kita bersama mensedekahkan al-Fatihan keatas Rasulullah, kesemua 11 isteri-isteri Baginda, 7 orang anak dan 8 orang cucu Rasulullah. Amin!
No comments:
Post a Comment