FAEZ: Dalam rujukan kita dari beberapa buah kitab, didapati beberapa nama isteri-isteri Rasulullah tidak sama. Ini berkemungkinan kerana permasalahan penulis kitab...satu di tulis oleh orang Melayu, satu dari Saudi dan kitab rujukan ke tiga penulisnya ialah Indian Muslim. Mereka merujuk orang yang sama tetapi panggilan nama mengikut budaya masing-masing serta sebahagiannya kerap di panggil mengikut gelaran yang mudah di ingati. Seperti contoh, Ummu Salamah (Ibu Salamah) nama sebenar ialah Hindun. Seperkara lagi ialah susunan tarikh pernikahan Rasulullah, tiada persamaan. Walau bagaimanapun ianya hanya kelemahan kecil sahaja.....tidak menguggat akidah kita.
TEGUH: Biarpun perkahwinan Rasulullah ini lebih daripada empat orang, tetapi pada masa tersebut memang di bolehkan. Setiap perkahwinan ini dan juga cara kehidupan rumahtangga Rasulullah ada pelajaran yang hendak di ajar kepada kita, termasuk hukum hakam yang terlibat. Terpulanglah kepada kita mencari dan mempelajarinya.
MULIA: Isteri pertama Rasulullah ialah Khadijah binti Khuwailid, seorang yang lahir dalam keluarga terhormat, bijak, mempunyai peribadi yang luhur, saudagar kaya dan rupawan. Pernah berkahwin dengan Abu Halah serta mereka di kurniakan dua orang cahaya mata. Setelah Abu Halah meninggal, Khadijah berkahwin pula dengan Atiq A’idz tetapi jodoh mereka tidak panjang. Bercerai hidup dan sekian lama menjadi ibu tunggal.
AKHTAR: Khadijah terpikat dengan Rasulullah di atas budiperkerti Nabi yang ikhlas, amanah, jujur dan bijak berniaga. Khadijah berumur 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah yang berusia 25 tahun. Apabila mencapai umur 28 tahun, Rasulullah mendapat anak pertama. Anak lelaki pula bernama Al-Qasim dan Abdullah. Kedua-duanya meninggal semasa usia kecil lagi. Anak-anak perempuan Rasulullah ada seramai empat orang (Zaynab, Ruqayyah, Umm Kulthoom dan Fatimah). Kesemuanya meninggal setelah berumahtangga semasa Rasulullah masih hidup lagi, kecuali Fatimah meninggal selepas wafatnya Rasulullah.
TEGUH: Apabila Rasulullah berumur 40 tahun, Rasulullah menjadi Nabi dengan peristiwa di Gua Hira dalam bulan Ramadan di mana malaikat Jibrail membawa wahyu pertama daripada Allah. Khadijah telah mententeramkan Rasulullah yang balik ke rumahnya dalam keadaan menggigil ketakutan. Khadijah merujuk kes Nabi ini kepada saudaranya, seorang pedita Yahudi yang menyatakan bahawa kitabnya memang ada menyebut kedatangan seorang nabi. Khadijah adalah orang pertama yang memeluk Islam bersama-sama 4 orang anak perempuan mereka serta hambanya Zaid.
FAEZ: Kaum Quraisy bertindak mengboikot kaum Muslimin selama 3 tahun dari semua sudut. Penderitaan yang amat perit di hadapi oleh penganut Islam, Khadijah telah menghabiskan kesemua hartanya untuk meringkan beban kaum Muslimin. Dalam masa inilah Khadijah jatuh sakit yang amat menyedihkan sehingga wafat pada usia 65 tahun. Ya Allah, cucuri RahmatMu keatas Khadijah ini yang banyak berjasa kepada Islam.
MULIA: Rasulullah merasa begitu kesepian tanpa Khadijah. Keadaan ini di perhatikan oleh Khawlah binti Hakeem (isteri Uthman bin Mathoon) dan mencadangkan agar Rasulullah mengisi kekosongan ini dengan berkahwin dengan seorang yang mempunyai ciri-ciri keibuan (iaitu Saudah) dan seorang lagi anak dara (iaitu Aisyah). Rasulullah bersetuju dengan cadangan ini.
MULIA: Saudah pernah berkahwin dengan Sakran. Mereka di seksa sehingga terpaksa meninggalkan rumah merintasi lautan demi Islam. Suami Saudah telah meninggal dunia dan Saudah terus hidup dalam kepayahan. Rasulullah merasa simpati dengan Saudah. Pada usia 49 tahun Rasulullah telah bernikah dengan Saudah binti Zam’ah yang mempunyai tubuh badan yang tinggi, gempal, lemah lembut, berkulit gelap dan lanjut usia pula.
AKHTAR: Rasulullah telah bernikah dengan Saudah dan Aisyah pada hari yang sama. Walau bagaimanapun hanya Saudah tinggal bersama Rasulullah, dan tiga tahun kemudian apabila Aishah berumur 12 tahun barulah dia tinggal bersama Rasulullah. Memandangkan usia Saudah telah lanjut, beliau telah bersetuju agar giliran malamnya bersama Rasulullah di beri kepada Aisyah. Saudah telah menguruskan rumah tangga Rasulullah dengan baik. Saudah berumahtangga dengan Rasulullah selama 13 tahun, dan meninggal dunia pada akhir zaman khalifah Umar bin Khattab.
TEGUH: Aisyah binti Abu Bakar, isteri Rasulullah yang ke-3 telah banyak diceritakan oleh para ilmuan. Dengan perkahwinan ini pertalian persaudaran di antara Rasulullah dengan Abu Bakar bertambah erat. Hadis-hadis dan fatwa-fatwa yang diriwayatkan oleh Aisyah banyak menjadi bahan kajian di fakulti-fakulti universiti tersuhur dunia. Beliau berkebolehan dalam bidang politik dan strategi peperangan.
FAEZ: Aisyah tidak pernah merasa sangsara dalam kehidupan yang serba kekurangan. Beliau merupakan isteri Rasulullah yang paling kuat cemburu. Pernah Aisyah menyatakan mengenai Khadijah dengan menyatakan bermaksud “.......apalah ada pada perempuan tua itu setelah di gantikan dengan isteri yang lebih muda.....”. Muka Rasulullah menjadi merah padam dan menyatakan “....Allah tidak mengantikan Khadijah dengan orang yang lebih baik....dia telah mempercayaiku apabila yang lain menyepi....dia telah menyerahkan hartanya kepada perjuanganku apabila yang lain mendiamkan diri....dia telah melahirkan anak-anakku apabila yang lain tidak...”. Semasa kewafatan Rasulullah, Aisyah berumur 21 tahun. Aisyah meninggal pada usia 66 tahun kerana gering pada tanggal 17 Ramadan tahun 58 Hijrah.
MULIA: Isteri Rasulullah seterusnya ialah Hafsah iaitu puteri Khalifah Umar bin Khattab. Hasfah pernah berkhawin dengan Khunais atau Hisn yang wafat di sebabkan luka semasa peperangan Uhud. Rasulullah bernikah dengan Hafsah yang berumur 18 tahun berbanding Rasulullah berusia 54 tahun, pada tahun ketiga Hijrah. Hafsah dan Aisyah sangat rapat sesama mereka kerana hampir persamaan usia dan kekeluargaan yang rapat diantara Abu Bakar dengan Umar. Hafsah seorang yang keras dalam tuturkatanya.
TEGUH: Rasulullah pernah menceraikan Habsah oleh kerana Hafsah menceritakan satu kejadian perihal rumahtangganya dengan Aisyah, menyebabkan Rasululullah tidak gembira. Tetapi telah merujuk kembali melalui utusan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail. Hafsah pandai menulis dan membaca (pada masa itu ramai yang buta huruf) dan di rumahnya di simpan mashaf al-Quran, dan beliau meninggal pada masa Khalifah Muawiyah.
FAEZ: Seorang lagi isteri Rasulullah bernama Zaynab binti Khuzaymah. Beliau adalah kakak kepada Maymoonah (isteri Rasulullah terkemudian) dari ibu yang sama tetapi berlainan bapa. Sebelum ini beliau pernah berkahwin dengan Abdullah seorang pahlawan yang meninggal shaid. Lapan bulan selepas perkhawinan dengan Rasulullah ini beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Beliau adalah satu-satunya isteri (selain Khadijah) yang meninggal semasa hayat Rasulullah.
AKHTR: Pada usia 57 tahun Rasulullah bernikah dengan Ummu Salamah atau nama sebenarnya ialah Hindun binti Abu Umayyah. Dia hidup dalam keluarga bangsawan, catik dan cerdas. Beliau pernah berkahwin dengan Abu Salamah Abdul Asad. Abu meninggal dunia kerana luka pada peperangan Uhud. Banyak permasalahan Rasulullah dengan pengikut-pengikutnya dapat di selesaikan atas kebijaksana Ummu Salamah. Beliau pandai menghias rumah dan menjadi tempat kegemaraan persinggahan Rasulullah untuk beristerehat. Ummu Salamah kerap menjadi pendamai jika berlaku permasalahan di kalangan isteri-isteri Rasulullah. Beliau wafat pada usia 84 tahun dan isteri Rasulullah terakhir meninggal dunia.
FAEZ: Zainab binti Jahsy telah berkahwin dengan anak angkat Rasulullah bernama Zaid bin Haritsah. Perkahwinan ini tidak harmoni dan berlaku perceraian. Selepas perceraian ini, Rasulullah bernikah dengan Zainab pula atas utusan daripada Allah. Perkhawinan ini sebagai pertanda bahawa seseorang bapa boleh berkhawin dengan bekas isteri anak angkat. Beliau adalah seorang paling suka bersedekah dan isteri Rasulullah yang ketiga meninggal dunia selepas Khadijah dan Zaynab Khuzaymah. Atau yang pertama meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas wafatnya Rasulullah. Zainab meninggal pada tahun 20 Hijrah.
TEGUH: Rasulullah berusia 58 tahun bernikah pula dengan Ummu Habibah atau Ramlah binti Abu Sufyan. Bapanya itu seorang pemimpin dan masih dalam kekufuran. Ummu Habibah di nikahi dengan Ubaidillah. Suami beliau telah murtad memeluk agama Nasrani dan mati kerana terlalu banyak minum minuman keras. Rasulullah menikahi Ummu Habibah semasa Ummu berusia 40 tahun dan wafat pada umur 70 tahun pada tahun 40 Hijrah.
MULIA: Apabila Rasulullah berumur 59 tahun, Baginda bernikah dengan Safiah binti Huyay, seorang Yahudi yang berumur 17 tahun. Beliau adalah tawanan perang dan telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini dengan Salam dan Kinanah, dari kalangan kaum Yahudi juga. Kecantikan Safiah menjadikan kecemburuan dari kalangan isteri-isteri Rasulullah. Safiah seorang yang bijaksana dan banyak hadis yang beliau hafal. Beliau wafat pada tahun 52 Hijrah dan dimakam di perkuburan Baqi’.
AKHTAR: Seorang lagi isteri Rasulullah ialah Maymoonah, atau nama asalnya Barrah. Rasulullah telah menukarkan nama ini. Beliau berkesempatan berumahtangga dengan Rasulullah tidak sampai tiga tahun apabila Rasulullah wafat, dan tidak banyak cerita yang tercatat mengenainya. Selepas wafatnya Rasulullah, Maymoonah lebih tekun beribadat dan menunaikan umrah hampir setiap tahun. Sekembalinya daripada menunaikan haji pada tahun 51 Hijrah, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia.
TEGUH: Isteri terakhir Rasulullah ialah Mariyah iaitu pemberian hadiah daripada seorang raja Mesir. Nama asalnya ialah Ansana. Beliau sangat rupawan, berkulit kemerahan ala Roman, dan berambut ikal mayang. Kehadiran Mariyah banyak membawa kecemburuan di kalangan hampir kesemua isteri Rasulullah. Dengannyalah Rasulullah mendapat seorang cayamata bernama Ibraheem. Apabila berumur lapan belas bulan, Ibraheem jatuh sakit dan meninggal dunia. Mariyah pula meninggal setelah lima tahun kewafatan Rasulullah.
FAEZ: Marilah kita berdoa agar kesemua isteri Rasulullah ini di rahamati Allah jua.
No comments:
Post a Comment