MULIA: Kita kerap mendengar ayat al-Quran atau hadis yang menyebut angka pahala.... satu... tujuh.... sepuluh.... seratus..... tujuh ratus........sepuluh ribu........
FAEZ: Seperti contoh dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud “....nafkahkan harta...pahalanya sebagai sebutir biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai.....setiap tangkai itu berbuah seratus biji.......”.
AKHTAR: Contoh satu lagi ialah bahana panas api neraka adalah 70 kali ganda api di atas dunia ini. Api terpanas di dunia ialah api pemotong besi yang kerap kita lihat di dockyard kapal iaitu lebih kurang 3500c. Jadi kalau 70 kali ganda maka panas api neraka melebihi 260,000c. Tak cukup panas ke?
TEGUH: Angka tujuh adalah yang paling popular. Apabila orang Arab menyatakan bilangan banyak pada sesuatu, mereka akan menyebut sampai pada bilangan tujuh......tujuh puluh.....tujuh ratus......tujuh ribu..
MULIA: Perhatikanlah angka-angka ini apabila membaca al-Quran atau merujuk hadits-hadits.
No comments:
Post a Comment