Sunday, September 11, 2011

HADITS

HADITS QUDSI

FAEZ: Hadits Qudsi adalah sesuatu yang diberitakan Allah kepada Rasulullah dengan perantaraan Jibril atau dengan jalan ilham atau mimpi waktu tidur. Kebanyakan ayat-ayat dalam hadits Qudsi ini adalah perkataan Rasulullah sendiri berpaksikan kepada isipati yang di wahyukan dari Allah. Walhal al-Quran 100% perkataan Allah.

MULIA: Ada beberapa perbezaan di antara al-Quran dengan hadits Qudsi, di antaranya ialah (1) al-Quran adalah firman Allah yang setiap lafaznya menjadi ibadah apabila dibaca dan diperintah dibaca di waktu solat serta jika di jadikan carahidup wah! Surga janjinya berbanding hadits Qudsi tidak sedemikian.

AKHTAR: Ke (2) Isi al-Quran serta susunan kalimatnya jika di amalkan dengan ikhlas adalah mu’jizat yang boleh menteramkan jiwa, boleh menjadi penawar kepada penyakit-penyakit, berkemampuan menakutkan iblis dan syaitan, boleh membawa rezeki, dan gedung ilmu yang mencatakan dari tiada apa-apa ke permulaan kejadian alam hingga ke akhirat. Hadits Qursi tidak sedemikian.

TEGUH: Ke (3) al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah dengan perantaraan Jibril sahaja, berbanding hadits Qudsi melalui Jibril, mimpi dan ilham.

FAEZ: Al-Quran tidak boleh di sentuh oleh orang junub atau wanita haid berbanding hadits Qudsi tiada ada larangan.

No comments:

Post a Comment