FAEZ: Pada 17 September 2011, saya memperolehi adik perempuan bernama IMAN NAJAH yang akan sama-sama bersembang dalam blog ini. Ini bermakna kami berlima kesemuanya..........cousins from family grandpa Tok Jaffar and grandma Nenek Hasmah. InsyAllah.
IMAN: Assalamulaikum semua. Ada hadits bermaksud”...Apabila engkau ingat pada Ku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula kepadamu dalam sunyi sepi. Apabila engkau ingat kepada Ku di tengah khalayak ramai, Aku akan ingat pula kepadamu di tengah khalayak ramai YANG LEBIH BAIK DARI TEMPAT ENGKAU INGAT KEPADA KU.......”.
TEGUH: Mengingati akan Allah ada berbagai bentuk. Di antaranya ialah (1) bila kita duduk berseorangan kita akan berfikir akan kewujudan serta perkasanya Allah (2) apabila kita melihat laut, awan, gunung, api dll...kita akan merasakan kekuasaan Allah (3) kita berzikir dengan ucapan “Allah, Allah”.....atau menyebut namaNya yang berbaki 98 lagi itu......(4) kita bertasbiih....”subhanallah”, “subhanallah”..... (5) ada banyak cara lagi untuk mengingati Allah........
AKHTAR: Kita tidak perlu pergi ke tempat sunyi sepi di dalam hutan, di tenggah laut, dalam gua untuk mengingati Allah....tetapi jika hendak buat tidaklah haram. Yang terbaik sepertimana di sarankan oleh Rasulullah ialah melakukan solat tahajjud dan berzikir pada waktu tengah malam atau sepertiga malam yang terakhir. Di mana di waktu berkenaan ramai orang sedang di alun mimpi.
MULIA: Ada seorang ulama dari Saudi berseloroh dengan berkata ....orang di KL (ibu negara Malaysia) lebih beruntung dari orang di Riyad (ibu negara Saudi)......mengapa? Katakanlah pada satu malam itu Allah hendak turunkan satu juta rahmat ke atas setiap ibu negara ini.....setiap orang di Riyad akan mendapat sedikit kerana ramai yang bersolat tahajjud.....tetapi setiap orang di KL akan dapat lebih, kerana tidak ramai yang bangun malam bersolat di KL ini.....
FAEZ: Al-Quran surah 7 Al-‘Araf ayat 205 bermaksud “Ingatlah Tuhanmu di dalam hati dengan rasa merendahkan diri dan takut”.
TEGUH: Al-Quran surah 18 Al-Kahfi ayat 24 yang bermaksud “Dan ingatlah Tuhanmu apabila engaku lupa”..........satu ayat yang dalam maknanya.....
IMAN: Al-Quran surah 13 Ar-Ra’du ayat 28 bermaksud “......Orang-orang yang beriman itu hatinya menjadi tenteram karena ingat kepada Allah...........”.
No comments:
Post a Comment