IMAN: Ada Hadits Qudsi yang bermaksud “.......Apabila telah Ku bebankan bencana kepada salah seorang hamba Ku pada badannya, hartanya atau anaknya, kemudian ia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa enggan menegakkan timbangan baginya pada hari Kiamat..........”.
MULIA: Sabar itu suatu kekuatan menahan diri atau menghindar dari melakukan kejahatan yang dibenci oleh Allah.
AKHTAR: Sabar adalah dorongan agama berlawanan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama melalui hidayah Tuhan kepada manusia.
FAEZ: Di antara tanda kita bersabar ialah dengan tidak memperlihatkan keluhan dan rintihan.......sabar yang tidak ada keluh kesah dan pengaduan kepada mana-mana manusia kecuali menyerah sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha cuba mengatasinya.
TEGUH: Maksud ayat “.....enggan menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat......” adalah satu penyataan kiasan bahawa Allah menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dengan memberi kurnia keridhaan kepadanya....memberi keampunan sepenuhnya.
FAEZ: Ada berbagai bentuk sabar. Di antaranya sabar dalam perjuangan.....perlu mempunyai sikap terbuka bahawa setiap perjuangan mengalami masa yang lama, perlu pengorbanan serta menang dan kalah adalah adat biasa.
IMAN: Di antara yang paling susah ialah menahan diri dari kehidupan mewah di waktu kaya.
No comments:
Post a Comment