Friday, September 23, 2011

HADITS

KEUTAMAAN MASJID

IMAN NAJAH: Allah pernah berkata, maksudnya “.......sesungguhnya rumah-rumahKu di bumi ialah masjid-masjid dan para pengunjungnya adalah orang yang memakmurkannya....”.

TEGUH: Memakmurkannya bermaksud bersolat di masjid, menghadir ceramah serta apa jua aktiviti keagamaan, menjaga kebersihan dan membantu apa jua yang di perlukan dalam bentuk kewangan, tenaga, buah fikiran demi pembangunan masjid berkenaan.

MULIA: Ada hadits bermaksud :.......barangsiapa yang membersihkan diri di rumahnya kemudian berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan fardu (solat) kerana Allah, langkah yang satu menggugurkan dosa kesalahannya, dan langkah lainnya mengangkat derajatnya.

AKHTAR: Apabila kaum muslimin masuk ke dalam masjid dan berdiam di dalamnya dengan niat ‘Ikikaf serta melakukan tahiyyatul masjid, akan diberi pahala oleh Allah.

FAEZ: I’tikaf berert berdiam diri di dalam masjid karena Allah. Solat tahiyyatul masjid pula ialah sembahyang sunat yang di lakukan segera setelah masuk masjid sebelum duduk.

No comments:

Post a Comment