Wednesday, October 5, 2011

CARA RASULULLAH MAKAN : 2/2

IMAN NAJAH: Jika Rasulullah makan nasi (riwayat Baginda makan nasi jarang di jumpai...kalau roti banyak ceritanya), Baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanan. Kemudian membiarkannya sebentar.

TEGUH: Lalu Baginda akan mengambil sedikit garam dengan menggunakan anak jari kelingking tangan kanan. Kemudian Rasulullah akan menghisap jari yang ada garam itu. Selepas itu barulah Baginda makan nasi yang bercampur lauk berkenaan.

AKHTAR: Kita memang tidak boleh makan menggunakan tangan kiri......ini mencontohi cara makan jin. Kita di galakkan menggunakan tangan kanan.

TEGUH: Kedua-dua belah tangan-tangan kita ada tiga macam enzim. Dan enzim di tangan kanan ada kebolehan menolong proses penghadzaman (digestion).

FAEZ: Garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita (ingat tidak gunakan sudu ya!) adalah bersamaan hasiat dengan satu liter air mineral.

MULIA: Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Kalau kita termakan racun, doktor akan memberi kita minum Sodium Chloride iaitu garam.

IMAN NAJAH: Rasulullah akan mengunyah sebanyak lebih kurang 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memprosesnya.

AKHTAR: Kita pula kerap bercakap di samping makanan masih berada di dalam mulut......ini kurang adap namanya.

No comments:

Post a Comment