Wednesday, October 5, 2011

CARA RASULULLAH MAKAN : 1/2

IMAN NAJAH: Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayat Baginda. Banyak contoh diet Rasulullah yang boleh kita amalkan........InsyAllah dapat pahala jika mencontohi amalan Rasulullah.

AKHTAR: Rasulullah apabila setelah minum susu, Baginda akan hindar daripada makan makanan berikut dalam masa 3 atau 4 jam iaitu susu bersama daging, atau bersama ayam, atau ikan atau bersama cuka. Kita di nasihatkan jangan memakan makanan laut (e.g. ikan) bercampur dengan makanan darat (e.g. daging).

TEGUH: Begitu juga apabila makan ikan, baginda akan jauhi daripada makanan berikut pula iaitu bersama susu, atau daging, atau bersama ayam, atau telur dan atau daun salad.

FAEZ: Ada saintis mendapati dalam daging ayam ada mengandungi ion positif (ion +) manakala dalam ikan pula ion negative (ion -). Maka ada kemungkinan dalam suapan ayam bercampur ikan akan terjadi tidakbalas biokimia yang tidak menyoronokkan usus perut kita. Perut boleh meragam dibuatnya.

MULIA: Baginda mengamalkan makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan roti (sekarang ini nasi lah). Amalan baik ini banyak kita amalkan semasa berbuka puasa. Tetapi di restoran-restoran mereka serve buah-buahan last sekali.

FAEZ: Tidur sebentar selepas solat Zohor atau kira-kira satu jam selepas makan tengah hari di galakan. Kalau dapat lelapkan mata dalam 15 minit pun sudah memadai.......recharge battery tenaga.

AKHTAR: Makan malam jangan di tinggalkan. Sebenarnya sarapan pagi dan makan malam adalah semestinya di lakukan.

IMAN NAJAH: Makan di sini kita bermaksud bukan sehingga kenyang gila, tetpai apabila baharu hendak merasa kenyang maka di nasihatkan berhenti. Dalam perut kita perlu ada komposisi satu pertiga (1/3) makanan, 1/3 air dan 1/3 lagi kosongkan bagi keselesaan bernafas.

No comments:

Post a Comment