IMAN NAJAH: Kita di ajar memulakan apa jua kerja hendaklah membaca Basmalah i.e. Bismillahirrahma Nirrahim.
AKHTAR: Betul tu……terutama sekali bila hendak minum dan makan. Janganlah kita minum berdiri walaupun ianya hanya makruh sahaja. Makruh itu menghampiri kepada haram.
TEGUH: Jangan kita minum dari bekas yang besar kerana di kuatiri kita akan bernafas dan menghembuskan dari hidung kita sambil minum.
MULIA: Apabila kita hembus nafas, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide. Dan CO2 ini pula apabila bercampur dengan H2O iaitu air yang kita sedang minum, akan menjadi H2CO3 iaitu sejenis cuka. Ini menyebabkan minuman kita itu menjadi acidic.
AKHTAR: Apabila terlalui banyak acid dalam perut kita i.e. intestine, ianya akan membawa kepada kurang selesanya diri kita nanti. Kita merasai banyak angin di perut dan kerap perut kembung, penghazaman makanan akan tidak begitu beres serta berbagai ketidakselesaan lagi.
FAEZ: Air minuman yang panas juga jangan di tiup…..alasanya sama seperti di atas. Kalau hendak sejukkan minuman……buat macam teh tarik agaknya……di kipas mungkin juga….atau di kacau dengan sudu.
IMAN NAJAH: Cara minum terbaik………tahan nafas………teguk air………alihkan cawan dari mulut kita……..bernafas…..….tahan nafas…..….minum……alih cawan……
No comments:
Post a Comment